Friday, June 12, 2009

Hidup Perlu di Teruskan...

>

Entah mengapa. Ana masih tidak dapat lupakan arwah ‘Ammar. Ada sahaja memori lama menggamit tak kira ketika bersendirian atau bersama kawan-kawan. Hati ana masih sedih. Ana terlalu rindukan arwah. Bukan ana tidak redha, tetapi memang menjadi lumrah apabila kehilangan orang yang tersayang. Sedangkan sebahagian sahabat rasulullah juga tidak dapat menerima kenyataan bahawa Baginda S.A.W sudah wafat. Malah Saidina Umar berang dengan mereka yang mengatakan Rasulullah telah wafat ketika mendengar berita kewafatan Nabi S.A.W namun dapat ditenangkan oleh Saidina Abu Bakr.

Satu per satu memori lama melintas. Saat persahabatan bermula ketika di tingkatan satu, MATRI. Keikhlasan dan sukarelanya arwah untuk membasuh talam ketika makan bersam-sama ketika minggu ta’aruf tingkatan satu mencuit hati ana. Memang arwah mempunyai tarikan yang hebat dalam berda’wah walaupun ketika itu baru berusia 13 tahun. Keramahannya memang menyenangkan.

Arwah ‘Ammar banyak membantu ana dalam pelbagai aspek, akademik, tarbiyyah dll. Kepintaran arwah memang tidak dinafikan. Kepimpinannya begitu mengujakan. Keramahannya menyenangkan.

Teringat kembali bermain sepak raga bulatan di dataran aspura. Bersama-sama arwah,’Imran dll. Main panah. Seronok sekali ketika itu.. Makan sedulang dengan tambahan budu dari ‘Imran. Budu yang masin menjadi manis ketika makan bersama-sama. Ana masih teringat ketika menyertai pasukan beruniform bersama-sama dengan arwah. Batch ana hanya kami berdua yang menyertai PBSM untuk kawad. Pulang ke asrama bersama-sama setelah tamat latihan kawad. Ana juga menyertai kelab bahasa arab bersama arwah kerana ingin menajamkan penguasaan bahasa arab. Namun arwah lebih menguasai berbanding ana.


Arwah banyak beri tunjuk ajar pada ana. Ketika ana pindah ke kelas sastera ketika di tingkatan lima dek tidak mampu membawa subjek sains, arwah antara sahabat-sahabat yang begitu perihatin terhadap ana. Arwah dan sahabat-sahabat 5 sains Umar 05 memujuk ana dan menawarkan diri untuk mengajar ana mana-mana subjek yang ana rasakan sukar difahami. Ana terharu.. Diangkatnya kotak buku ana yang ketika itu di kelas sastera ke kelas sains. Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan arwah dan sahabat-sahabat lain.

Teringat juga ketika sama-sama mengejutkan pelajar-pelajar untuk solah subuh berjemaah di Musolla MATRI bersama-sama pengawas yang lain. Juga memori study lewat malam bersama-sama sahabat-sahabat yang lain ketika musim SPM bakal menerjah..

Allah takdirkan arwah ‘Ammar mendapat keputusan SPM yang cemerlang lantas melanjutkan pengajian di Mesir dalam bidang perubatan. Walaupun jarak beribu kilometer memisahkan kita, arwah kerap menelefon ana. Memberi sms membina iman dll. Ketika pemikiran semakin matang, kami lebih banyak berbincang tentang kerja-kerja DnT. Arwah banyak memberi kata-kata dorongan untuk terus bergerak dalam amal islami.

Kali terakhir ana bertemu dengan arwah ketika beliau pulang bercuti pada tahun 2008. Arwah melawat ana di UIA. Alhamdulillah, ana sempat belanja arwah minum. Ana dan siddiqi bawa arwah dan beberapa sahabat lain pusing-pusing Kulliyyah/Fakulti Architecture. Dibawanya arwah masuk ke studio-studio tempat pelajar-pelajar architecture berkerja. Seronok berbual dengan arwah ketika itu.

Ya Allah…Aku menyintai sahabatku ini kerana Mu Ya Allah. Pertemukanlah kami di akhirat kelak di SyurgaMu. Terlalu banyak memori bersama arwah ‘Ammar. Tidak tertulis ana..

Akan ana contohi dan teladani segala yang baik dari arwah. Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku dan kepada semua sahabat-sahabatku untuk terus berjuang..Semangat arwah ‘Ammar akan ana teruskan malah akan lagi membara dan menyala. Semoga Allah beri kekuatan..

Selagi nyawa di kandung badan, selagi itu da’wah dan tarbiyyah mesti diteruskan. Memandang seluruh masyarakat sebagai mad’u demi aset di akhirat nanti..~hidup perlu diteruskan..

10 comments:

Kalam Penerus said...

sungguh sukar mencari sinar perak di sebalik setiap awan........

Ya Allah…Aku juga menyintai sahabatku ini kerana Mu Ya Allah. Pertemukanlah kami di akhirat kelak di SyurgaMu.......

Kalam Penerus said...

Saya merupakan pemilik kpd Budu yang masin menjadi manis ketika makan bersama-sama

Humayra' said...

takziah kpd nta atas pemergian seorg sahabat dan mujahid.

moga nta diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan ini.. hingga ke syurga nnt..

i may not know 'Ammar, but i hope that his life will inspire all of us to be better Muslims and da'ei in this road towards HIM..

ukur kira said...

To Kalam penerus:'Ing,mmg ukar mencari sinar perak itu.Moga Allah golongkan kita dala golongan sinar perak itu..

to Humayra':sama2 doakan..

LuQMaN M.J said...

sahabat...
Sukarku mencari sahabt sejati di dunia yg dipenuhi dgn kekotoran jahilliah..kecintaan pada dunia mengaburi ukhwah yg terbina..

Buat sahabat sejati,
Alangkah indah dpt bersahabat dgnmu kerana jelas matlamat hidupmu membawaku bersama2 ke arah kebaikan dan redha ilahi..

Tabah2..jangan rasa lemah..

syah93 said...

Sebak pula... Moga ALLAH cinta Abang 'Ammar.....

ali said...

xpa,tabahkanlah hatimu abangku
(ali):)

Kalam Penerus said...

Trsenyum membaca komen Ali-Imran kpd Abangnya...

Ali mmg anak soleh...

=)

abid abdi said...

tabahkan hati, kit yang hidup perlu teruskan perjuangan yan berbaki..
moga allah merhmati arwah dan tempatknnya bersama para solihin dan para syuhada...

ukur kira said...

to all: Syukran atas kata2 antum