Thursday, June 18, 2009

sms nostalgia

Hampir kesemua sms yang terdapat dalam inbox telefon bimbit ana merupakan kata-kata nasihat daripada sahabat-sahabat tercinta.
Sekadar perkongsian..

Ana berhajat untuk berkongsi antara sms yang dikirim oleh sahabat tercinta ana dunia akhirat, Allahyarham Muhammad ‘Ammar Zulkifli tatkala jiwa ana kusut dan ‘down’..

1) Sahabat yang beriman ibarat bintang yang berkilau, sahabat yang setia pewangi yang harum, sahabat yang sejati pendorong impian, sahabat yang berhati mulia membawa seribu kebahagiaan.

Ulasan: Allahyarham memang bintang berkilau. Bak kata akhi Ahmad ‘Imran, Allahyarham ibarat sinar perak di sebalik awan. Sukar dicari. Allahyarham memang disayangi dan disenangi semua.

2) Lenakan hidupmu dengan alunan suci AL-QURAN, basahkan lidahmu dengan zikir munajat, damaikan jiwamu dengan doa kerahmatan... Moga kehidupanmu disinari cahaya KEIMANAN...

Ulasan: Sebelum tidur jang lupa membaca Al-Quran walau semuka. Daripada berbual kosong, lebih baik berzikir. Pahala pun dapat. Jika jiwa gundah-gulana, pohon pada Allah agar diberi ketenangan. Moga-moga segala amal kita menjadikan kita orang yang beriman, Insya Allah.

3) Ya akhi, sentiasalah tajdidkan iman dan niat. Itulah perkara yang utama kita perlu sebagai dai’e. Biar matinya kita bila berasa sangat penat dalam jalan yang suci ini, bukan penat dalam urusan dunia. Salam Dakwah...

Ulasan: Allahyarham memang pergi bertemu dengan Allah dalam keadaan penat dalam urusan akhirat. Ana cemburu..

Semoga kalian mendapat sesuatu yang cuba dikongsikan oleh Allahyarham. Ana perlukan doa dari kalian semua. Jiwa ana masih lemah. Psikologi ana agak terganggu. Mungkin ada dari kalangan sahabat-sahabat yang perasan. Selera ana untuk senyum dan ketawa sudah hampir mati. Asyik berkhayal berada di dunia yang lain + kepala agak berserabut.. Mungkinkah terlalu merindui ’Ammar? Moga-moga Allah permudahkan urusan ana.. Ameen..

* Maaf. Entry yang agak tidak tersusun. Berserabut, seserabut otak ana...

9 comments:

abdullah hakim said...

salam takziah,

izinkan saya berkongsi rasa sebak saya bila membaca coretan kamu ttg kepulangan sahabat kamu ke rahmatullah.
ukhwah kamu semestinya begitu rapat dan jitu.moga rahmat Allah sentiasa melimpahi kamu dan sahabat2 kamu yang lain.

membaca blog kamu dan sahabat2 yang lain,memberikan keinsafan kpd diri ini.Saya bukanlah seorang yang baik,setiap hari hampir ada sahaja dosa yang dilakukan.penulisan kamu bersifat dakwah dan tarbiyah itu begitu indah,mendamaikan jiwa dan menyedarkan saya.terima kasih.

pemergian sahabat kamu,moga kamu tabah dgn ujian daripadaNya.
salam.

mar said...

moga kuat hadapi ujian ni. yang pergi sudah selesai urusannya...
kita yang ,masih hidup, masih banyak yang perlu diselesaiakan...

~wallahua'lam~

Kalam Penerus said...

Rabbuna ma'ak...

hanya ini yg mampu aku coretkan krn aku juga sprtmu...

criestz said...

kami juga bukn insan y smpurna..
sntiasa melakukn dosa..
tp dgn pmrgian arwah tlh lebih mnyedarkn kami semua.. apa tnggungjwb kita sbgai khalifah dimuka bumi..sekian

MuNsYi^SaMa said...

Don't hold those tears, if you want to cry, just cry. Biar lega apa yang terbuku di dalam hati. Bukan meratap pemergiannya, cuma berasa sedih atas ketetapan Ilahi yang diluar jangkaan kita, terlalu cepat. Kita juga manusia.

Lepas dah clear semua perasaan, bangun dan terus bergerak ke hadapan. Banyak lagi tanggungjawab kita yang Ammar tinggalkan.

Wallahua'lam.

LuQMaN M.J said...

salam to my beloved bro..

Jgn biarkankan kesedihan kita membantutkan dan melemahkan kerja2 DnT. Tetapi biarlah ia menjadi asbab utk membakar dan menyemarakkan lagi kerja2 ini..sedih memang sedih..pujuk hati yg berada dlm kesedihan dan gundah gulana ini agar tidak menghalang kita daripada meneruskan kehidupan....

kerja2 yg d tinggalkan arwah masih bnyk..

Ayuh kita sambung kerja2 ini..
doakan agar kita semua akan sentiasa berada d atas jalan ini..

wallahu'alam

ukur kira said...

To all commenter: Jazakallahukhairan kathira.Moga doa antum mmberi kekuatan pada ana untuk terus bekerja untuk islam.

Faiza said...

Salam ziarah

Semoga terus kuat, sabar serta tabah dengan ketentuan dari Allah SWT ini...

Teruskanlah perjuangan sahabat saudara itu...semoga sentiasa berada dibawah limpah rahmat Allah SWT

kuatkan semangat...

AL-FATIHAH buat Allahyarham Muhammad Ammar...semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..Ameen

Semoga anda terus kuat dalam meneruskan dakwah dan tarbiyyah...Ameen

Salam dari bumi Preston,Lancashire UK

ukur kira said...

to Faiza:Insya Allah.Sama2 kita brusaha utk lebih maju brkerja utk Islam.