Thursday, January 28, 2010

Adegan itu berulang lagi...

First and foremost,I'm seeking apologize to all readers.Please allow me to write in Malay a.k.a the language of my mother tongue.Should there be any request from readers to translate it into English,then I'll be doing so,Insha Allah.

Malam tadi,seusai solat Isya' berjemaah di Musolla,kakiku pantas menuju ke kiosk untuk membeli air kotak dek terlalu haus dan kepingin sekali.(bunyi Indon sikit?)Kiosk dipenuhi dengan Foreign students disebabkan UIA masih mid term break.Hanya saya yang Melayu.Cashiernya dari Thailand.

Selepas meng'grab'dua air kotak,saya pun menuju ke cashier untuk membayar.Saya bukan tamak dengan membeli dua air kotak,tetapi hajatnya nak ziarah bilik kawan dan memberinya satu.

Tiba di kaunter,tiba-tiba berlaku adegan yang sangat mencemaskan.Dua orang Arab sedang berebut sebungkus Roti manis.Bertarik-tarik mereka untuk dapatkan roti tersebut.Yang hairannya,banyak lagi roti jenis itu dakat atas rak.Apa yang menjadi masalahnya?Nak leraikan,saya terlalu kerdil di sisi mereka.Juga kurang memahami apa yang mereka katakan.


Roti ini sekadar hiasan.Bukanlah roti ini yang ditarik-tarik.


Akhirnya persoalan saya terjawab.Mereka bukannya berebutkan roti itu untuk di makan,tetapi salah seorang dari mereka,iaitu Arab Palestin yang saya panggilnya doctor (sebab dia tengah buat PhD.)nak tolong bayarkan roti si Arab sorang ni.Tapi si Arab ni refuse.Maka terjadilah adegan tarik-menarik roti untuk membuat amal kebaikan.Maka di situ juga saya tersentak dan terharu..Mengenangkan memori lama...

Di MATRI dahulu....

Arwah 'Ammar banyak mengajar saya tentang mendahulukan saudaranya.'Ammar akan volunteer basuh talam seusai makan bersama dengannya.Tragedi ini berlaku ketika minggu ta'aruf form one lagi.Maka,sehingga form 5,kami sering makan setalam.

Adegan berebut untuk membasuh talam juga sering berlaku ketika di MATRI dahulu.Sekarang kurang,kerana jarang makan dalam talam.Adegan berebut-rebut membuat kebaikan kian hilang,juga adegan mengutamakan sahabat dalam sesuatu hal.

Jika di MATRI suatu ketika dahulu,sahabat-sahabat tidak lokek untuk berkongsi.Minta di ajar,akan diajarnya walaupun ketika itu dia sedang study subjek lain.Jika ada sedikit makanan e.g. biskut etc. akan di kongsi bersama.Manisnya semua itu.

Nilai-nilai kebaikan yang dituntut oleh Islam kian lama kian hilang.Walaupun kadang-kadang kita menganggap ia suatu yang kecil dan acapkali terlepas pandang,tetapi hakikatnya nilai-nilai itulah yang akan menyentuh hati-hati masyarakat.Itulah langkah pertama untuk da'wah fardhiah..

Insha Allah,sama-sama kita cuba berlumba-lumba dalam membuat kebaikan.Moga Amalan kita di terima Allah.

Adakah adegan itu akan berulang lagi???Tepuk dada,tanya iman...

9 comments:

Atiqah said...

there are people out there who dont understand of what does it mean doing the good thing, grabbing chance to always do good deeds, seeking for opportunities to help others...because they think, a good deed comes after something or for something..ie money, personal intention and etc...

Alhamdulillah we learned that in Matri.

ps: i have problem to explain that to my friends..so I just let it be..

Munsyi said...

xpela nabil. anta junior, anta la basuh talam. hehe.

Nabil MJ said...

To Atiqah:u're right sis.I agreed with u.
Perhaps it is not the matter on how difficult to explain to others.Explanation does not mean only by words.Maybe u can show some good examples.Da'wah bil hal seems more efficient and can easily create spark between heart,Insya Allah.~Just my opinion.
Anyway,it's a reminder for me too.

Nabil MJ said...

to Munsyi^sama:Hehe..ana mmg junior.Kesian dekat senior2 yang tak reti basuh talam..:)

SIDDIQIjr said...

ASSALAMUALAIKUM..
MASIH PUNYA HARAPAN UNTUK KEMBALI
SEPERTI BEGITU..
DAKWAHLAH PENYELESAIANNYA AKHI..
INSYAALLAH..

Nabil MJ said...

to Sidiqi:
W/salam.Insya Allah.Still ada harapan.

Islah nafsak wa ad'u ghoir rok.

imran-md said...

org arab mmg budaya diorang mcmtu...(esp arab mesir)
yg baik, baik sgt2...
yg jahat, jahat gila...

nk tgk yg lbh dasyat mai mesir..
he2..

bukankah Allah SWT sebut dlm quran...

"masuklah kamu ke dalam sebuah negara bernama mesir...
Nescaya kamu akan dapati apa yg kamu persoalkan/pertikaikan...

Ana rasa anta pun hafal ayat tu..
hehe

Psl arwah Ammar tu..mmg dia punya qudwah yg mulia..
nk marapu (merapu yg x mlampaui batas syarak)pun boleh..
nk cerita masalah n nk nagis dpn dia pun boleh...

mmg dia tiada penganti..
:-(

Nabil MJ said...

to imran:
Insya Allah kalau ada rezeki,sampailah ana ke mesir.

Ana dah lama tak mengulang hafazan.teruk betul.

Ana setuju.Arwah 'Ammar tiada pengganti.

melati said...

^_^