Monday, January 25, 2010

Hari-hariku telah berlalu...

Assalamualaikum.

Hampir 3 minggu ana membiarkan blog ini bersarang dan bersawang tidak ber'update'.Terlalu sibuk mungkin?

Mungkin coretan kali ini agak santai sebagai momentum awal untuk mula menulis semula,Insya Allah.

Alhamdulillah tanggal 15 Januari yang lalu,umur ana genap 22 tahun masihi.Sudah 22 tahun Allah beri kesempatan untuk hidup.Namun sejauh mana ana bersyukur,hanya ana dan Allah yang tahu.Terima kasih kepada kawan-kawan,sahabat-sahabat atas ucapan yang bertalu-talu.Penuh sekali inbox hp ana.Terpaksa ana delete.Juga kepada classmates,sisters n brothers yang terlibat membeli hadiah,makanan,kek secret recipe dll,ana ucapkan terima kasih.Alhamdulillah atas rezeki Allah.

Paling istimewa,ucapan dari ummi tercinta di awal-awal pagi sebelum ana bertolak ke office.Juga kakak dan abangku yang di sayangi.Syukran atas ucapan dan doa.

Hari Sabtu,16 Jan 10,Allah beri kesempatan untuk menjadi facilitator kem solat adik-adik sek.rendah Ibnu Kathir,Gombak.Seronok dapat beramah mesra dengan adik-adik tahun 4 hingga 6.Tak kering gusi berkongsi bersama mereka.

Hari Ahad,17 Jan 10,Allah beri kesempatan menghadiri Seminar Kesejahteraan Mahasiswa,SKEMA di masjid Putrajaya.Alhamdulillah,beremu dengan sahabat-sahabat sebatch ana yang ana rindui.Ali Hanis,Akmal,Adam Kadir,Umar Afifi,Abu 'Ubaidah,Zakiran dll.Sesungguhnya banyak benda yang ana dapat apabila menghadiri Program ini.


Gambar semasa SKEMA.Gambar sumbangan Muttaqee.Tq Taqi.hehe



Isnin-Jumaat:Ana kerja seperti biasa.Office mates asyik belanja makan ja.Jazakumullah.Makan di Carrefour Wangsa Maju dll.(Bila dah "kerja" ni gaya hidup macam mewah pulak.Makan di shopping complex.Padahal Ummi n Abah tak pernah ajar pun~Makan apa yang ada dan jangan memilih.Ingat dekat orang yang nasib kurang baik.

Sabtu,23 Jan:Kemas bilik.Petang bergerak ke rumah mak su di kepong bersama-sama dengan abang n sepupu.ada makan-makan sikit.alhamdulillah.Jumpa cousins yang agak ramai di sana.

Ahad,24 Jan:Junior ana di MATRI dulu,Abu Zarrin ajak makan luar.Dulu junior,sekarang dah macam adik-beradik pulak.Abu datang ambil ana di UIA.Then,kami lunch di Sri Gombak.Macam-macam perkara kami bualkan.Jazakallah Abu sbb belanja.

UIA tengah cuti mid sem break sekarang.10 hari.Ana tak cuti..Jadi,kesunyian juga d bilik ni.Alhamdulillah ada teman-teman foreigner untuk berbual.

Mungkin setakat ini dulu coretan kali ini.Maaf jika agak kurang bermanfaat atau tidak bermanfaat langsung.Doakan ana..

Wassalam.

Note1:Tengah sibuk cari topic utk dissertation final year ini.Moga Allah permudahkan.
Note2:Doakan agar Allah permudahkan untuk ana sambung Master,Insya Allah.

2 comments:

LuQMaN M.J said...

Seronok baca blog adikku :)

Nabil MJ said...

to Luqman:Tq2..blog yg x seberapa.