Salam.
Rasanya sudah lama aku tak menulis dalam Bahasa Melayu,walhal ia adalah bahasa ibundaku.So,kali ini izinkan aku menulis dalam BM.(Maybe rojak la dengan few English words)
So,alkisahnya aku ada beberapa helai jubah.Kebanyakannya adalah hadiah daripada sahabat-sahabatku,Allahyarham 'Ammar Zul hadiahkan jubah Morocco warna putih suatu ketika dahulu waktu beliau menziarahiku di kampus.'Imran dengan jubah warna hitam ala-ala ekslusif.
Tapi bukan nak cerita pasal hadiah-hadiah jubah pun kat sini.
There was a time aku pakai jubah pi solat subuh kat masjid universiti. Kadang-kadang aku and member-member akan lepak breakfast lepas subuh kat warung-warung sekitar luar kampus.Bantai roti tampal la,roti kosong la,nasik lemak dan lain-lain
.(tapi aku minum air suam ja.segala teh tarik,kopi and etc. tak elok untuk kesihatan.Gula banyak.Hahaha)
So,aku ni pi la makan pakai jubah.(Malas nak balik bilik salin.)Di takdirkan aku ja yang pakai jubah.Member lain biasa ja.I mean t-shirt,baju melayu dan bla bla bla.
Aku tak ingat macam mana kitorang bleh borak-borak baik punya dengan mak cik kedai tu.
Tiba-tiba aku tak ingat macam mana mak cik tu kata:
"Mak cik bukan apa,kalau mak cik nak cari calon untuk anak perempuan mak cik,mak cik tak mau yang pakai-pakai jubah ni.Depa ni buat-buat baik ja.Mak cik pun bukan nak percaya sangat kat orang-orang macam ni."
Aku ok je dengar opinion mak cik tu.After all she has the right to voice out her point.Tapi yang tiba-tiba member-member aku pakat usha and tenung aku ramai-ramai dan lama-lama tu apahal?Kurang asam betol!
Woi,mak cik tu tak refer kat aku ok! Dia buat general statement ja.
Aku ok and cool je.Tapi mak cik tu perasan yang member-member aku dok usha aku,mak cik tu terus kata:
"eh mak cik tak kata kat kamu.Mak cik cakap ni berdasarkan pengalaman mak cik,bapak mertua mak cik."
Kan aku dah cakap.Bukan aku la..
(hahaha.Walaupun aku pun ada cenderung ke arah kejahatan tu jugak.Astaghfirullah)
Sejak dari hari itu,bila aku nak pi breakfast dekat kedai mak cik itu,aku dah tak pakai jubah..
(Eh,korang jangan salah paham.Aku bukan nak tackle anak mak cik tu pun dengan tak pakai jubah dan berharap mak cik tu accept aku sebagai menantu..Ye ke??..ce ce ce)
.....................................................
*Aku tidak membahasakan diriku sebagai 'aku' except dalam penulisan ini sahaja.Dengan member-member aku bantai 'ana' 'anta' Tapi kalau ramai aku tak guna antum aku guna korang..Hahaha
Maybe style membahsakan diri 'ana dan 'nta' ini dah terbawak-bawak dari zaman sekolah menengah dulu.Ada sekali tu aku jumpa junior-junior di sekolah menengah and aku 'tersasul' dengan berkata 'korang'.
And suddenly kesemua hampir 10 orang di situ diam sepi seketika selama 10 saat.Dan tiba-tiba sorang junior aku ni repeat term yang aku guna tadi i.e. 'korang?' (baca dengan intonasi soalan/pertanyaan).
So aku pun macam la...adoi.!! korang ingat term korang ini teruk ke?Korang expect aku akan kata 'antum'?Aku dah biasa dengan term ni la sekarang ni walaupun dulu kat sekolah I used to say 'Antum'. (kata pengawas,kena la 'buat baik'.haha).Ke korang expect aku cakap arab dengan korang?
"Wa antum wa ana nahnu kurrasah.Rubbama hia takkul fi hamam nahnu tawakal ila hunak wa ulaq sawa wa patuk kaki,sakit tak tekira'.."
Ok,la..tu je kot aku nak tulis.
Segala yang baik tu bleh la diambil sebagai pengajaran dan yang buruk tu 'lempaq' jauh-jauh..
*FYI this post di tulis dalam masa 10 minit tanpa 'memadam' or buat major correction.Aku tak buat second reading lepas tulis.Memang post-post aku sebelum ni pun macam tu.Aku tulis,aku terus publish.So,surenya ada banyak salah n silap.(especially post in english.There were lot of mistakes regardless grammatical errors,error in using terms,spelling etc.).
Assalamu'alaikum...