Friday, June 12, 2009

Sahabat Seperjuangan yang tiada pengganti..~'Ammar

Salam. ‘Ammar Zul meninggal dunia. Baru tadi… Accident.. Al- Fatihah :’(

Begitulah bunyi sms yang saya terima dari sahabat baik saya, Ahmad ‘Imran yang berada di Zagazig, Mesir pada 12/06/09. Sms tersebut saya terima seawal jam 4.00a.m waktu Malaysia. Walaupun saya tidur agak lewat pada malam tersebut dalam lingkungan 1.30a.m, namun sms tersebut telah membunuh rasa mengantuk. Terus saya terduduk. Awalnya, ingatkan ‘Imran hanya bergurau kerana student Medic Mesir tengah final exam. So, maybe untuk menghilangkan penat study, ‘Imran bergurau dengan saya. Dengan cepat saya reply smsnya.

“ Nta biar betul ing!! Ya Allah.” Walaupun masih ragu-ragu kesahihan berita, tak semena-mena air mata mula merembes di pipi saya. Sms saya tak di reply. Terus saya call telefon bimbit ‘Ammar Zulkifli di Mesir. Namun terus sahaja masuk ke dalam peti suara. Tidak putus asa, saya terus sms Sahabat saya yang juga di Mesir, Faiz Sabri. Namun gagal di sent. Hati bertambah cemas. Ya lah, sahabat karib sejak dari form 1 hingga form 5 dikhabarkan sedemikian rupa.

Sambil menunggu message saya di reply, air mata terus merembes tanpa henti. Namun, akibat terlalu penat, saya tertidur sebentar dengan air mata yang masih mengalir.

Saya terkejut dengan bunyi sms masuk ke dalam inbox. Jam 5.00a.m. Sms dari ustaz Nahar mengesahkan berita yang dikhabarkan ‘Imran.

Salam. Lepasan Matri, Muhammad ‘Ammar b Zulkifli kembali ke rahmatullah. Kemalangan jalan raya di Mesir.~ustaz Nahar.

Ya Allah, beratnya ujian ini.. Terus saya forward sms tersebut kepada sahabat- sahabat se’batch’ ketika di Matri dahulu. Juga kepada sahabat-sahabat lain.

Ketika menunaikan solat subuh,air mata masih menitis. Hati masih resah dan sedih. Ketika membaca Qur’an selepas subuh juga tangisan semakin teresak-esak sehingga saya terpaksa memberhentikan bacaan. Dek kerana menangis terlalu banyak, mata saya mula membengkak dan kepala mula terasa pening. Di gagahi juga ke tandas untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke kelas pagi itu.

Seperti di jangka, kawan-kawan perasan dengan kemurungan saya pagi tersebut. Selama 3 jam di dalam kelas, saya tidak dapat focus. Mata sesekali menitis air mata. Cepat-cepat saya mengambil sapu tangan di dalam poket seluar dan mengelap air mata yang merembes di pipi.
Seusai kelas, terus saya pulang ke bilik dan meneruskan menangis… Biarlah orang kata macam perempuan asyik menangis. Sahabat saya tetap pergi dan tak kan kembali.


Rasa bagai mimpi kerana saya baru brbual dengannya melalui telefon pada sabtu lepas. Betapa seronoknya beliau mendengar suara sahbat-sahabat yang kebetulan berada di sekitar saya. Agak panjang kami berbual. Disuruhnya saya cerita keadaan-keadaan di Malaysia. Tak sangka gelak tawa kami dalam talian merupakan gelak tawa terakhir.

Beberapa hari sebelumnya, saya sempat berchatting dengan Allahyarhamhu. Saling bertukar-tukar cerita perjalanan kerja-kerja Da’wah dan Tarbiyyah. Masing-masing meluahkan isi hati yang terbuku. Saya agak hairan ketika berchatting dengannya ketika itu kerana selalunya sayalah yang akan banyak bertanya dan meminta tunjuk ajar dari Allahyarhamhu kerana saya memang menyenangi beliau dalam mendapatkan nasihat-nasihat sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi kali itu, Allahyarhamhu pula yang banyak bertanya. Dimintanya nasihat dari saya. Diluahnya isi hatinya… Di akhir chatting kami, dia berkata: “Maaflah Nabil. Ana susahkan nta je. Nta org pertama ana luahkan isi hati ana. Ana tak tau nak luahkan pada siapa. Minta maaflah Nabil.”

“Eh ‘Ammar,mana ada nta susahkan ana. Ingatlah, kalau kita rasa penat berkerja dalam da’wah n tarbiyyah ni, sesungguhnya bukan hanya kita yang berkerja. Sahabat-sahabat lain juga berkerja. Kita tidak bersendirian.” Hanya itu yang saya sempat katakana padanya di akhir chatting kami.

Mungkin terlalu panjang untuk saya coretkan kisah saya dan Allahyarhamhu ketika hidupnya di sini. Pelbagai suka-duka kami bersama. Tamrin bersama,mukhayyam, makan sedulang, qiyam dll.

Memang tidak dinafikan, Allahyarhamhu memiliki sifat Dai’e dan Murobbi yang mulia. Tutur katanya yang halus. Akhlaqnya yang soleh. Mudah didampingi dll. Jika berbual dengannya, tiada kata-kata kosong yang keluar dari bibirnya. Ada-ada sahaja nasihat dan lawak perli yang menyenangkan.

Semoga Allahyarhamhu Muhammad ‘Ammar b Zulkifli ditempatkan bersama para syuhada’, solihin, siddiqin. Ana sayangkan nta ‘Ammar kerana Allah….

'Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat' ~ Muhammad ‘Ammar b Zulkifli

*Buat sahabat2 semua, semoga kita tabah dan semangat ‘Ammar dalam berkerja dalam ‘amal islami dapat menjadi dapur pembakar semangat kita semua untuk terus berkerja dgn lebih keras. Ali Noor Hanis ada sms ana. Katanya ‘Allahyarhamhu pernah mengimpikan untuk menjadikan batch kita yang terbaik. Sama-sama kita berusaha untuk tunaikan.

* Kepada sahabat tercinta ana, Ahmad ‘Imran, mungkin nta lebih merasai pemergian ‘Ammar kerana nta bersama-sama dengannya sejak dari sekolah rendah, menengah, DQ dan di Mesir. Nta jangan terlalu sedih akhi, ana di sini akan turut sedih dan risau akan nta.

11 comments:

myQza said...

Takziah untuk anda dan rakan-rakan Allahyarham.
Al-fatihah!

im said...
This comment has been removed by the author.
Munsyi said...

sabar byk2 dan doa byk2 utk Ammar. ana sedih tgk gambar Ammar kt blog shbt2.

Nabil MJ said...

To....:sama2 kita doakan beliau
To im:ameennn..
to Mnsyi sama:sama2 kita doakan

ihsan incalescence said...

gudbye is hurt m0re than anything, especially when i know u won't say hello again.. what can i say ama.. we have so many memories..so many things to lo0k back on.. i learned so much fr0m u, gained so much.. i loved the way u made me laugh, i hated when u made me cry.. but i hated most was when i must to say so l0ng n gudbye..did u know ama.. gudbye make me think u make me realize what i have, what i've l0st n what i've taken f0r granted.. please come into ma dream ama.. I need to see n talk with u.. eventhough just f0r a 0ne time.. u know that im n0t easy to cry but ur goodbye bring tears in ma eyes ama..’thnks’ a l0t.. I miss u ama.. wait f0r me yah.. I’ll follow u n we’ll meet in jannah paradise insyaALLAH.. I miss u so much ama.. -ihsan

LuQMaN M.J said...

salam
event hough i'm not that close to Ammar, the pain of losing him make me cry..

Not many memories with Allahyarham but a single or two occation with him do left a strong and sweet memories.

To my brother and to all friends, what had ALLAH planned has Hikmah behind it.May this event boost up up our spirit and work in DnT.

ihsan incalescence said...

cheer up nabil..
dun cry too much...
tke cre of ur health too..
im sad of losing him..
ammar don't want we cry ait..

imran-md said...

Mesir....

Mim+Sod+Ra=Mesir...

Mim utk "Musibah"..
Sod utk "Sabar"..
Ra utk "Redha"..

1st..Exam BioChem payah nak mati...
2nd..Sahabat tercinta kembali ke rahmatullah..
3rd..Exam physio td yg payah sampai nk tidur..

Demi Allah yg menetapkan yg Terbaik buat hamba2Nya...

Andai semua ujian ini merupakan kifarah atas dosa2ku yg lampau...
Maka aku terima segalanya dgn hati yg redha...

YA ALLAH AKU MEMOHON PADAMU REDHAMU DAN SYURGAMU....

Syed Ahmad Fathi said...

semoga tempat mu di SYURGA wahai mujahid muda.

abdullah_hakim said...

salam Takziah buat saudara dan rakan2.
ada terbaca kisah saudara ammar ini di n/paper.kemalangan bersama juga seorang junior di sekolah dahulu.

moga rohnya bersama2 para mukmin.

Nabil MJ said...

to all:thanks a lot