Monday, December 28, 2009

Ana,anta dan antum adalah Dai'e.

Anta Dai'e?
Ya,ana seorang Dai'e.
Buktikan anta seorang Dai'e!

Emm...

Seorang Dai'e itu bukanlah hanya mengeluarkan omong-omong kosong.Hanya tahu mengaku Dai'e tetapi akhlaqnya jauh sekali dari sifat dan ciri-ciri seorang Dai'e.

Ada juga sang Dai'e pandai berkata-kata,berhujah pantang dikalah,namun bilamana terjun ke medan amal,berpaling arahlah dia.Itu juga bukanlah si Dai'e.

Untuk melakukan kerja-kerja yang besar yakni kerja-kerja mengislahkan masyarakat perlulah kepada jiwa yang besar.Jiwa yang kental dan hampir dengan Allah S.W.T.Mana mungkin "si Dai'e" ingin mengislahkan masyarakat namun dirinya sendiri penuh dengan ke'aiban.Memang tidak dinafikan manusia tiu tidak sempurna,namun perlulah ada peningkatan dari semasa ke semasa.Usah ulangi kesilapan-kesilapan masa silam.

Dai'e juga perlu berasa 'izzah dalam melakukan kerja-kerja 'Amal Islami ini kerana Baginda Nabi S.A.W juga pernah melakukannya suatu ketika dahulu.Maka,kita adalah mata-mata rantai yang bersambung dalam melakukan kerja-kerja ini.


Gambar sekadar hiasan

Jika sang Dai'e benar-benar merasakan kepentingan kerja-kerja ini,maka tiada lagi suka ria,lalai dan lagho.Jika benar-benar merasai dan yakini hadiah daripada Allah di akhirat kelak,maka kita tidak akan mensia-siakan jual beli bersama Allah ini.Ayuh syabab,seriuslah antum dalam kerja-kerja Da'wah dan Tarbiyyah.Berkada Salahuddin Al Ayubi:

"Mana mungkin aku bersuka-ria dan bergelak tawa sedangkan bumi Palestina masih di dalam genggaman Yahudi Laknatullah."

Syabab,jangan sia-sia kan waktu muda kita.Ber'amallah!Moga dengan Amalan kita ini dapat di persembahkan di hadapan Allah kelak.Selagi nyawa masih ada,manfaatkan lah sebaik-baiknya.Bagaimana kita boleh yakin yang esok bukan giliran kita untuk di cabut nyawa?

Biar sahaja kita penat dengan kerja-kerja ini andai kata ia mampu meraih redha Allah.

Ana mengingatkan diri ana yang sering lupa dan lalai serta buat antum teman seperjuangan,ayuh kita menyusun langkah,betulkan soff dan bekerjalah!

Sama-sama kita berdoa dan berusaha agar Allah menetapkan hati-hati kita di atas jalan ini.Sesungguhnya jalan inilah jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah tercinta serta para sahabat,tabi' tabi'in..Yakinlah wahai syabab!
Moga Allah bersama-sama dengan kita.Amin..Allahuakbar!!!

Note:tiba2 ana asyik teringatkan sahabat ana yang sangat ana rindui dan cintai kerana Allah,Allahyarham Muhammad 'Ammar bin Zulkifli..

No comments: