Izinkan saya bercoret dalam bahasa ibunda saya kerana sudah sekian lama saya tidak menggunakannya.
Sekadar ingin berkongsi rasa dan pengalaman.Pengalaman orang boleh dijadikan iktibar untuk mendidik jiwa-jiwa kita untuk lebih mendekati Rabb yang kita Cintai.
Semester saya kali ini saya tidak mengambil sebarang subjek,kerana saya sedang menjalani practical training di sebuah firma ukur bahan di Kuala Lumpur.Walaupun baru memulakan kerja dalam tempoh seminggu,rasanya dapat saya katakan yang ia memang memenatkan.Manakan tidak,saya perlu keluar seawal 7.45am untuk ke tempat kerja dan akan pulang dan tiba di universiti dalam jam 6.30pm-7.00pm.Di pejabat,kerja bertimbun-timbun.Projek masuk bertubi-tubi.
Di saat ini,hati rasa tidak tenteram kerana merasakan terlalu memberatkan hal-hal duniawi hinggakan proses peningkatan hati dan diri tidak/kurang berlaku.Apa yang saya maksudkan tidak berlakunya proses peningkatan hati ialah bila mana tenaga kita sudah diperah oleh sistem,maka kita akan merasa berat untuk menghadiri program-program tarbiyyah.-Penat.
Saya lihat,ada juga staff pejabat yang datang seawal 7.00am dan pulang paling lewat.Hakikatnya,dia sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata.Terlintas di hati saya,macam manalah agaknya dengan anak-anaknya?Ayah keluar seawal pagi.Mungkin saja anaknya masih belum bangun tidur.Ayah juga pulang selewat mungkin dan mungkin saja si anak sudah tidur.Bila agaknya mereka bertemu?
Rutin harian berputar sama saja setiap hari membuatkan kita ini seperti robot.Namun,beruntungnya bagi mu'min,dai'e dan murobbi,hidupnya lebih kreatif dan tersusun.Kerana apa?Kerana kita merasakan adanya Allah,adanya tanggungjawab lain yang perlu kita laksanakan.Bukan sekadar mencari rezeki untuk keluarga,tetapi perlu juga mencari bekalan hati.
Saat penat apabila pulang dari pejabat terubat bila mana sms dari sahabat2 diterima.Duduk bersama-sama merancang dan merencana program,program-program yang dapat mendekatkan diri dengan Allah.Terasa puas.Kekuatan iman dapat di charge bila bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.
Beruntungnya bila mana kita menyedari hakikat kehidupan,merasai kebersamaan dengan Allah,merasai kepentingan,kewajiban untuk berada di dalam halaqah,merasai tuntutan untuk berda'wah walaupun dalam masa yang sama kita sebenarnya penat dan lelah dengan sistem.
Sekadar luahan dan perkongsian.Usah biarkan tenaga kita diperah oleh sistem hingga tidak mampu lagi untuk kita berbakti pada deen Allah S.W.T.Di saat-saat lemah,carilah sahabat2 yang dapat meningatkan kita pada Allah.
Sekadar itu,wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment