Saturday, December 27, 2008

Satu penjelasan..

Assalamualaikum semua...
Sebagai penjelasan,
Kalau pembaca sedar dan mengikuti blog saya,semua posting saya agak bercampur-aduk.Pelbagai genre.
Kadang-kadang serious...Kadang-kadang santai dan ada unsur humor.
Saya harap dengan pelbagai genre ni tak menyebabkan anda menambah dosa mengumpat.

Ye lah...Kadang-kadang ada yang kata
"Ish2 dia ni fikrah tak jelas lagi ni.Sekejap ok,sekejap merapu."




Sebenarnya saya tak merapu.Sekadar santai dan ada manfaat.Manfaatnya terpulang kepada anda nak cari dan ambil dari mana..Kalau anda rasa tak ada manfaatnya,terpulang.Tapi bagi saya,ada..

Terima kasih atas kerjasama anda dan perhatian anda terhadap blog ni.

Kerana Rambut....terus dilema

Kerana rambut...
Posting kali ini bukan berkaitan rambut perempuan..tapi rambut lelaki.
Baru-baru ni saya terbaca di mana ntah mengenai antara ciri-ciri fizikal Rasulullah S.A.W.
Saya tertarik (bukan tertarik rambut)tentang rambut Rasulullah S.A.W.
Antaranya yang dikatakan:
Rambutnya agak ikal,hitam,dibelah tengah,panjang hingga kadang-kadang mencecah telinga baginda serta panjang ke bahu dan disisir kemas.
So,saya pun bertekad tak nak potong rambut memandangkan rambut saya agak ikal.
Buat kawan-kawan sekelas,sem ni semua agak terperanjat dengan style rambut saya.Panjang...
Sebelum ini pendek macam askar..
So,ramai la yang bagi komen..
"Ko macam Akhil Hayy la"
"Aku support ko dari blkang.ko jangan potong rambut tu."
"Ko dah berubah nabil"
Macam-macam lagi komen dan pandangan kawan-kawan...


AMARAN!!Gambar sebagai hiasan.Ni bukan saya...jangan tertipu dengan gambar ini


Saya terus message seorang sahabat mintak pandangan dia.
Ayat yang dia kata lebih kurang mcm ni la:

"Dai'e tu perlu menjaga 'aibnya.Kena bawa contoh yang baik dan elok.Tutup lubang-lubang fitnah."

Dia tak kata pulak saya kena potong rambut.
Sekarang dalam dilema..Nak potong ke tak??
Rambut panjang tapi kemas halang dari buat kerja-kerja Da'wah ke???
Persoalan terus menjadi persoalan...tanpa jawapan..

p/s:utk pengetahuan rambut ini sudah mencecah telinga..
Ada pendapat tolong share

Kenduri Kahwin

Tengah hari tadi pergi ke jemputan kenduri kahwin rakan sekelas.Abangnya kahwin..Kami semuanya berempat.So,sewa kereta kancil la..
Saya,Azhari,Aisa dan Faiz.
Berlokasikan di dewan cochrane K.L,kami pun main redah je cari tempat tu based on map yang tersedia di belakang kad jemputan.
Last-last sampai la jugak..
Tentatifnya pengantin dijangka sampai pada 1.30pm..tunggu punya tunggu(padahal x tunggu sangat.Kebetulan tengah makan)tak sampai2...
Dalam pukul 2pm baru sampai.




Ingatkot sampai lewat sebab traffic jam,tapi ada sebab lain pulak..
Sampin pengantin hilang!!!Kalam-kelibut dok searching..siap guna google search engine..he3 acah ja..tapi memang gabra la..
Nak tau sampin tu pi mana??
Pengiring pengantin terpakai.Dia pun tak sedaq,orang lain pun tak sedaq.Sapa pun tak sedaq..Lucu jugak..
Walaubagaimanapun, terima kasih kerana menjemput saya utk makan free di samping jalan-jalan KL.
Kepada saudari XXX dan keluarga syukran atas jemputan.
Kepada kedua mempelai,Semoga perkahwinan ini mendapat berkat serta bahagia ke akhir hayat..

Pengajaran:Untuk mengelakkan serabut dan kalam-kelibut,management msti ok.no last minute works..

Friday, December 26, 2008

Kejadian itu.......

Sekadar nak buka kisah lama…
Kisah ni saya rasa ada pengalaman dan manisnya sendiri..
Kepada sahabat-sahabat yang terlibat dalam cerita ni, ana tak tau lah sama ada antum ingat ke tak?Tak kisah kot kalau ana sebutkan nama antum dalam coretan ana kali ni?..Kisah ketika di tingkatan 5..Kelas 5 Sains Umar yang penuh dengan lagenda…

Ana tak tahu dan tak ingat macam mana ana dan 3 orang sahabat lagi boleh terlibat…boleh terpilih.

Tanggal berapa hb ntah kita mewakili MATRI dalam hari pendidikan Islam peringkat zon. Kita menyertai acara kuiz menengah atas.

Ingat tak macam mana kita study untuk kuiz tu??He3..macam cincai-cincai ja…Baca sikit-sikit ja.Dahla kita tak amik subjek Pendidikan Islam.Certain topics tak ada dalam subjek Qur’an Sunnah dan Syari’ah Islamiyah tapi kita main-main je kan??Tak tau lah kot-kot antum betul-betul struggle.Bagi ana,ana main-main je..

Barisan utama…..Jeng-jeng!!! ‘Imran,Mud dan Nabil..Faiz sebagai simpanan.
Time lawan tu gelabah jugak..Tapi Allah izin dapat no 2..Kita kalah dekat MRSM..Tak silap kita lawan dekat SMKAP Kangar. Alhamdulillah..

Hebat jugak sebab sebelum ni MATRI asyik tersungkur di peringkat zon lagi.Tak lepas ke peringkat negeri.Allah izin semuanya..

Bila nak pi peringkat negeri,lagi main-main.Kononnya hebatla sebab main-main pun dapat no 2 peringkat zon.He3..

Bila tiba hari pertandingan,rupa-rupanya perlukan empat orang termasuk simpanan.Kebetulan faiz tak mai sebab yang peringkat zon simpanan tak guna pon..Lagi pun Faiz pi Kuiz Kimia kot peringkat negeri.
So,kami katala simpanan kami tak hadir sebab xxxx..(rahsia)
Penganjur pulak kata selagi tak cukup orang,kuiz tak akan start. Gelabah kami..Nak carik siapa ek??

Tiba-tiba terlintas idea.MATRI kena hantar team jaga lalu lintas time hari kejadian.So,geng-geng KRS pi la..Apa lagi,kami rojer Akmal Zaim la..Dengan beruniform KRS lengkap,dia terpaksa ganti Faiz.Kira bidan terjun la..Semua usha pelik..Hehehe..Sori Akmal sebab guna anta.We have no choice.

So,memang time kuiz kita tak serious langsung.Gelak-gelak..Sekadar ambil bahagian..Kesian Akmal.Tak pasal-pasal kena ganti..

Walaupun dapat saguhati time tu(memang patut pun),ana enjoyed sangat..
Memang Akmal sanggup berkorban..Tak banyak kisah.
Walaupun kalah(kalah ke??)tapi ana rasa manisnya ukhuwwah antara kita.

Kita team paling MANTAP!!!!
Dedikasi kepada Mud, ‘Imran, Faiz,Akmal(ahli spontan)jazakumullah..

Sem lepas berlalu,sem baru mendatang


Semester ini saya agak "tidak sibuk"berbanding semester-semester lalu.Kalau dulu, kelas start dari pagi around 9.00a.m dan tamat malam for certain days.Penat?? Tak payah cakap la..
Nak makan pun tak sempat.Kadang-kadang sehari sekali je menjamah nasi. Susah-susah puasa sunat je..Pahala pun dapat.
Alhamdulillah semester ini subject yang diambil tak sebanyak dahulu.Cuma kurang satu je dari sem lepas.
Bila difikirkan,memang ada hikmah kenapa Allah bagi lapang sikit.Sejak akhir-akhir ni disebabkan agak sibuk,saya bagi banyak alasan pada diri untuk buat kerja-kerja Islam.Penatlah,assignment banyaklah,itulah,inilah..Akibatnya....Iman lesu.Akhlaq merudum.
Alhamdulillah sem ni Allah masih sayang pada saya.Dilapangkan masa saya.Diamanahkan untuk buat kerja-kerja Islam.
Saya teringat satu kata-kata:

"Jika kita tak sibukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam,maka kita akan disibukkan dengan perkara-perkara jahiliyah."

Tengok movies la,lepak sini,lepak sana.Bual kosong..Hmm..
Tapi bila dah disibukkan dengan kerja-kerja Islam,tak ada masa lagi untuk semua itu.

Harapnya Allah bagi kekuatan untuk terus istiqamah atas jalan ini..
Kena shift cara belajar sem ni..Hehehe
Assignment buat awal-awal...study awal-awal..semua awal-awal lah..
Doakan agar diberi kekuatan...

Ayuh!! Tajdid niat,Renovate hati




“Izzat, bila besar nak jadi apa?”
“Hmm…Pilot,cikgu!!”
“Shafuan pulak nak jadi apa?”
“Saya rasa saya nak jadi arkitek la cikgu.”
“Saya nak jadi doctor”,sampuk Azhari.
“Bagus,semua kena belajar rajin-rajin untuk mencapai cita-cita masing-masing,” simpul cikgu Hazli.

Saya kira bait-bait ucapan di atas memang berlaku ketika zaman kanak-kanak dahulu. Semua mempunyai cita-cita yang tersendiri. Malah, ketika di bangku menengah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapai matlamat dengan dorongan guru, ibu bapa, kawan-kawan malah diri sendiri. PMR,9A….SPM 12A1…
Semuanya kerana mengejar cita-cita yang ditanam ketika kecil…

“Bila dapat kerja yang power-power,dapat banyak gaji,kaya pulak tu..Huh,hidup senang la aku..Time tu aku nak apa pun boleh..Money no hal lah..”

Sayangnya bila hanya itu menjadi matlamat belajar kita. Tidak ada apa-apa disisi Allah. Kalau ditakdirkan tidak Berjaya seperti yang dirancang, lagi parah.Apa pun tidak dapat.
Belajarlah dengan niat untuk deen Allah S.W.T. Bersungguh-sungguhnya kita untuk Berjaya sebab untuk tegakkan deen Allah. Macam mana??

Sebagai contoh,
Kita ambil jurusan perubatan. Tetapkan niat, bila aku score, Islam Nampak tinggi sebab aku bawak imej Islam. Aku berakhlaq dengan akhlaq Islam. Segala tindak-tanduk aku based on Syara’. Bila aku kerja, aku boleh sampaikan Islam secara tidak langsung. Bila aku treat pesakit, time tu boleh cerita skit-skit tentang Islam. Paling kurang aku dah sampaikan.

Bukan sekadar nak jadi doctor sebab gaji tinggi etc.
Setiap profession kita ada ruang-ruangnya untuk terus berjuang untuk Islam. Insya Allah bila niat betul, segalanya ada ganjarannya di sisi Allah.

Itu sebabnya mereka yang meletakkan duniawi sebagai matlamat belajar,bila diuji cepat gundah,tak tenteram malah mengambil tindakan di luar jangkaan.Bunuh diri etc..Bila mereka tidak dapat capai matlamat duniawi, hidup ini sudah tidak bermakna lagi kerana tiada Allah dalam matlamat mereka untuk di sandarkan.
Belajarlah bersungguh-sungguh, gaji tinggi-tinggi tapi ada sumbangannya untuk Islam.Islam boleh tumpang dengan kejayaan kita.

Bagi mereka yang mempunyai niat yang betul serta matlamat yang jelas, ujian bukanlah masalah utama. Ujian itu tandanya Allah ingat dan sayang padanya. Semakin banyak ujian sama ada kegagalan, kewangan etc. semakin dekat hubungannya dengan Allah.
Didiklah hati dengan didikan Al-Quran agar ia menjadi lembut dan mudah untuk berniat dan beramal untuk Allah. Memang payah,sukar, bosan tapi ingatlah,segala kesusahan,kepayahan dan kebosanan itu akan terbayar di akhirat kelak.

Jika pahala itu dapat dilihat,maka akan berlmba-lumbalah anak-anak adam mendapatkannya.

Ayuh kita tajdidkan niat dalam belajar agar setiap amalan dikira sebagai amal soleh oleh Allah untuk hari kemudian.

Thursday, December 25, 2008

15 -17 Jun 2007

Reunion SPM o5
Terkenang kembali...
Kenangan pada tarikh tersebut....
Tarikh penuh bermakna...
tarikh dimana jasad-jasad di satukan, setelah lama hanya ikatan hati tersimpul utuh..
Tarikh di mana kekuatan ditingkatkan....
Kesedihan dan kerinduan terungkai sudah...
Setelah sekian lama kehilangan....
Kehilangan buat seketika
Dalam menuju cita-cita.....

Sahabat-sahabat,
Ingat lagikah antum tarikh tersebut??
tarikh di mana kita dipertemukan setelah sekian waktu kita meninggalkan lubuk Tarbiyyah.
Reunion SPM 05 melakar sejarah..,kekuatan,kerinduan,kemanisan tercapai sudah..

Ku rasakan kekuatan pabila melihat wajah-wajah muda yang masih diberi kekuatan untuk mendukung deen Allah ini..

Dengan penerusan Da'wah dan Tarbiyyah,hati kita di satukan.."Wihdatul Fikr"....
Sebagai catatan sebelum memori kabur dan terpadam,ini adalah aktiviti-aktiviti yang kita laksanakan ketika Reunion lalu..
-Perlawanan persahabatan bola sepak dengan Staff MATRI
-BBQ dan bermalam di Bukit Ayer Resort,Perlis
-Mandi di Bukit Ayer
-Futsal
-Dinner di Kuala Perlis
-Bermalam di MATRI
-Ziarah Mudir tercinta bersama Ummi Halimaton.
Sebenarnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan memang tarbawi kerana ada matlamat disebaliknya.Nak eratkan ukhuwwah,nak dapatkan kekuatan dalam menempuh arus yang penuh dengan kebejatan..bagi ana,memang ana terasa sesuatu sebab bila masuk Matrik UIA ana agak culture shock..Ye lah,kita biasa suasana soleh di sekolah.Tiba-tiba dicampak ke tengah-tengah masyarakat yang masih kabur..Hampir-hampir menangis sebab tak mampu nak suaikan diri.Tapi ana ingat kata-kata seorang sahabat ana,

"Ingatlah,walau dimana pun anta berada,anta jangan rasa lemah sebab kita ada Allah.Kita ada sedikit kefahaman tentang Islam.Anta patut rasa 'izzah dengan apa yang anta bawa".

Reunion ini mengecas semula iman yang sekian lama terbuku lemah..
Nasihat daripada Mudir bersama cerita-ceritanya banyak membantu ana...
Buat sahabat-sahabat yang tidak dapat join reunion lalu terutamanya sahabat-sahabat dari 5 sastera dan mereka yang berada di perantauan,jangan kecil hati dan risau.Insya Allah kita akan adakan lagi reunion pada masa mendatang...
Kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak,jazakumullahu kahir ana ucapkan..
"Ya Muqallibal qulub,tsabbit qulubana 'Ala deenik wa To'atik"
Nanti ana upload gambar2 time reunion, insya Allah

English and Skills

As I was sitting in my room, wondering and mumbling to myself, after visiting my friends and Guru, something crossed in my mind…Something I would like to share with the readers, but 1stly I’m seeking forgiveness as my English consist of errors either grammatical or in using terms. I’m forcing myself to write in English cause of certain reasons..hehehe… Hope it is understandable.
I have gone through for two years in IIUM and I learnt many things where it increases my maturity. The thing I liked the most is where we have to mix with the international students. It gave me exposure about their cultures, languages etc.
However I’m facing difficulties in communicating with them as I’m using broken English and my English seems to be rocky. Arabic? I only got basics in Arabic although for 5 years I’m carrying it in my bag. Unfortunately, because of rarely used, the skills vanished.. Thus I considered myself as zero in Arabic.
The climax of my probs is when I can’t express the beauty of Islam to my foreign friends. Although some of them from Arabic spoken countries, they‘re not as people who are in the circle of Tarbiyyah. Totally different!! It happened to me when 1 guy from Saudi Arabia couldn’t speak English at all. Only Arabic. Our conversation nothing!! Most of the time we used signals either by hands or facial expressions. Funny eh?
It is getting worst when I met with Turkish. Some of them can’t even speak English or Arabic. Sometimes most of them are looking forward with our opinions and understanding about Islam, but I can’t emphasize it as my languages both English and Arabic spoiled. Easy to say, both parties couldn’t understand each others.
But, what I liked the most, IIUM is using English as the medium of learning. So, in class, all lecturers will deliver lecture in English although all of the students are Malays. Furthermore, my faculty trains the students to speak in front of the public as we have to present our projects etc. As from department of quantity surveying, we also have to present during portfolio. Quite tough because we have to present what we have learnt for the whole semester to the external assessors. They come from various backgrounds i.e. contractor, professional QS, external lecturer, QS from public or private sectors etc. It gives me great opportunities to sharpen my skills in communication. The toughest time during Q and A sessions. Lots of questions been thrown and need immediate respond and answers.
Besides, we have to take leadership and management subject which is compulsory to all IIUM students. It is University requirement subject. Cannot graduate without not taking this subject. Here, we learnt how to deliver speech, management, interview for job etc. This subject has no written final exam, however we have to present our working paper or proposal for a particular program/ project which we have prepared it during the whole semester.


I also learnt the skills of listening in English. I still remember how we were been tested for listening skills during MUET. It is a lil bit different because here, we have various kinds of pronunciations. Arabs, Africans, Bangladeshis, Indians, Chinese, Turkish, Bosnian, Albanian, Moroccans etc. have different dialect and pronunciations. At the beginning, I’m quite afraid to mix with them because I can’t understand; however, I switched my mind that we are in the process of learning. Thus, nobody superior over others.
Now, I have a lil bit courage to speak in English.. Practice make perfect eh? What I’m trying to stress here, skills is importance. Don’t afraid to make mistakes. We learnt from it. One more thing, if you have the opportunity to master languages, grabs it. Maximize your ability during campus life. Once you have graduated, it’s difficult to gain such knowledge and opportunities.
Bear in mind that our duty as Dai’e and Murabbi need lot of skills. How are we going to spread Islam if we can’t communicate with others? Ordinary people benefit himself while unique and special person beneficial for himself and others.
I’m not saying that I’m good in English. All of us have the potential to succeed. I learnt from the hard way. I didn’t go for English class, tuition etc. but I hold firmly the saying “where there is a will, there is a way”. I hope all of us will try our best to improve our languages, step by step.
Let us enriching ourselves with knowledge!!!

Wednesday, December 24, 2008

Bekalan ke Perhentian

Bekalan…..Penting sangat ke bekalan??Hmm….Pernahkah anda memikirkan tentang kepentingan bekalan???Mungkin ada yang berpendapat bekalan ni tak penting,tak kurang juga yang kata penting….

Sejauh mana kepentingannya???....Jom kita lihat..

Cuba anda bayangkan anda dalam perjalanan ke Mekah untuk melakukan ibadah haji..Ketika itu tahun 1965..Anda terpaksa menaiki kapal..Bukan kapal terbang tapi kapal di lautan.Hmm….1 bulan perjalanan pergi,1 bulan di Mekah,dan 1 bulan pelayaran pulang…Agak-agaknya penting tak bekalan makanan ketika dalam perjalanan ke Mekah??

Khabarnya orang-orang tua kita dahulu menyediakan pelbagai jenis bekalan ketika ke Mekah.Dengan sambalnya,ikan bilisnya dan lain-lain.Ye lah,nanti kebulur pulak di perjalanan.Penting ke bekalan??

Ok,anda dari Johor nak ke Perlis.Memandu kereta ke destinasi..Nak ikut highway??ok..its up to you.Dalam perjalanan perlu ke anda berhenti di R&R?atau anda drive all the way tanpa berhenti??Saya kira kereta anda juga berehat dan perlu menambah bekalan..Bekalan minyak.Anda juga perlu makan bukan??So,penting ke bekalan??

Apa yang cuba saya bawa di sini bukanlah bekalan makanan semata-mata..Kita sebenarnya perlu dan berusaha untuk mendapatkan bekalan yang paling berharga..Bekalan yang akan menjadi asset untuk kita ketika di perhentian terakhir yang abadi.

Allah S.W.T telah berfirman dalam Kalam Nya yang Agung di dalam surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:

“Bawalah bekal,kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah Taqwa”

Sekadar muhasabah,sejauh mana kita memperlengkapkan diri kita dengan bekalan Taqwa?? Tidakkah kita berasa rugi jika kita tidak punya apa untuk dipersembahkan dihadapan Allah di hari Akhirat nanti??

Sejauh manakah amalan-amalan kita yang benar-benar ‘bekalan Taqwa’?

Saya sekadar ingin mengingatkan diri saya yang asyik alpa dan lupa juga buat anda sebagai manusia yang banyak melakukan kesilapan..Bukankah Allah telah berfirman bahawa peringatan itu penting?

“Dan tetaplah member peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.”(Az-Zariyaat :55)

Sebagai kesimpulan,sama-samalah kita bersiap-sedia dengan bekalan-bekalan untuk bertemu dengan Allah S.W.T nanti.

La Tahzan


Saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu apabila hati ini kiranya tidak tenteram dengan desas-desus kesedihan yang menimpa kawan-kawan saya juga diri ini..

“Aduh sedihnya aku..Kecewa gila aku sebab failed subject xxxxx dalam exam final lepas..”

“Alamak takkan kena extend setahun lagi??Ni sebab failed hari tu la..”

Ini antara keluhan-keluhan yang saya dengar dan kadang-kadang saya alami..Gagal dalam final exam.Kecewa bukan kepalang.Ada yang salahkan diri sendiri sebab tak struggle dari awal.tak kurang juga salahkan lecturer. “Huh,lecturer tu kedekut giler markah”.

Kawan-kawan sekalian,memang lumrah ada yang cemerlang dan ada yang tidak.kalau semua cemerlang,semua jadi doctor,siapa nak jadi nelayan??(Saya tidak maksudkan profesion nelayan itu tidak cemerlang).Doctor nak makan ikan macam mana?Hmm..Allah dah susun segala-galanya.

Ingatlah, Allah tidak melihat natijah(hasil) yang kita dapat,tetapi Allah lihat pada usaha kita..Sejauh mana usaha kita.Kalau kita tidak Berjaya sekarang,mungkin Allah tangguhkan kejayaan kita.Siapa tahu masa akan datang kita akan Berjaya??.

Redha dan Bersyukurlah

Kawan-kawan sekalian,

Bersyukurlah dengan apa yang Allah sudah tetapkan,tapi dengan syarat kita sudah berusaha bersungguh-sungguh..

Ingatlah, Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah Ibrahim ayat 7:

“Dan(ingatlah)ketika TuhanMu berfirman,’Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambah(nikmat)kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari,(nikmat Ku),maka pasti azab Ku sangat Berat”

Ramai lagi orang lain yang nasibnya tidak seelok atau lebih teruk diuji oleh Allah..Maka apakah kita tidak merasainya dan tidak bersyukur dengan apa yang telah diberi?Kita mungkin failed satu subject dan mungkin terpaksa extend satu semester sahaja,tetapi ada kawan-kawan kita yang diuji dengan failed 3-4 subjects dan terpaksa extend satu tahun.Bukanlah sesuatu yang memalukan apabila terpaksa repeat subject.Sebenarnya kita lebih faham dari mereka yang tidak repeat sebab kita belajar dua kali.(pendapat saya)…Jadi janganlah bersedih wahai mereka yang diuji…

Kesedihan yang sebenar

Saya ingin mengajak anda semua berfikir sejenak apakah keadaan yang benar-benar menyebabkan kita patut bersedih.

Bagi mereka yang hatinya diproses dengan didikan Al-Quran dan As-sunnah,kesedihan yang sebenar adalah apabila di akhirat kelak dicampakkan ke dalam Neraka Allah S.W.T.

Ketika itu 1001 penyesalan tidak berguna lagi..

Sedihnya apabila hidup ini tidak ada sumbangan pada deen Allah S.W.T…

Pilunya bila hidup ini tidak mendapat hidayah daripada Allah S.W.T…

Kecewanya apabila di akhirat kelak kita tidak punya apa-apa atau mungkin terlalu sedikit amalan soleh yang akan dipersembahkan di hadapan Allah.

Itulah kegagalan yang sebenarnya..

Kegagalan yang hakiki kerana matlamat kita adalah kehidupan akhirat yang abadi.

La Tahzan wahai mereka yang diuji..Ujian itu tandanya kasih-sayang dari Allah apabila diredhai.

La Tahzan.Innallaha ma’ana

Thursday, December 18, 2008

Pemuda Pemudi harapan Ummah

Pemuda pemudi hari ini tidak lagi selincah kijang di belantara.Bergerak pantas dalam menyahut seruan Ilahi.Menuju syahid yang kekal abadi.
Pemuda pemudi hari ini lemah, lesu tidak bermaya.Hilangnya Al-Quran dan As Sunnah sebagai pedoman.Menghumban diri ke lembah kehancuran.
Pemuda pemudi semalam,tangkasnya tidak bisa dibilang.Deras pergerakkannya,tajam pemikirannya.
Pemuda pemudi semalam,tidak gentar diancam serangan.Al-Firdausi menjadi impian,menuju hari kemudian.
Kini,kita sebagai pemuda pemudi harapan...,
kibarkan bendera kemenangan
agar semangat juang tidak terpadam
melalui liku-liku perjuangan
Agar Islam kembali bersinar...
*sekadar luahan hati yang bercita-cita melihat pemuda pemudi berjuang atas nama Tertinggi(Rabbi)*

Mana ni???

Sebenarnya kediaman saya(rumah abah saya/merangkap rumah company)agak jauh dari pekan atau bandar.Saya enjoy environmentnya.Di kelilingi bukit menyebabkan hawanya agak sejuk berbanding di tempat-tempat lain.saya adik-beradik serta abang ipar di ladang kenaf bersebelahan rumah.time ni pagi

Teletak lebih kurang 20km dari pekan kuala nerang (cowboy town)..sometimes it cross in my mind to settle permanently dekat sini..
Kalau free-free jemput datang rumah..


Macam dekat Africa tak??cuba perhatikan ada singa dekat bawah pokok tu..hehehe.acah ja..ni pun dekat area rumah jugak




Abang saya sedang berdiri berlatar belakangkan ladang kenaf

Wednesday, December 17, 2008

Sukarnya mencari sahabat

Entah kenapa tiba-tiba saya teringatkan sahabat-sahabat saya di MATRI dulu..mungkit kisah suka duka dalam da'wah dan tarbiyyah mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita.Tamrin bersama mengenalkan kita lagi dengan ragam-ragam tersendiri.Memang benar,sukar mencari sahabat yang banyak membantu kita dalam da'wah dan tarbiyyah ni.Saya teringatkan kata-kata seorang senior saya di sekolah dahulu.Katanya,kawan dan sahabat ada bezanya.Kawan boleh di cari di mana sahaja.Kawan sekelas,kawan sebilik dan sebagainya.Tapi sahabat itu adalah mereka yang mendekatkan diri kita dengan Allah..
Boleh saya simpulkan di sini bahawa memang sukar mencari mereka yang benar-benar dapat mengingatkan kita kepada Allah.
Apabila terlihat wajahnya,teringatkan Allah.Terpandang akhlaqnya,tersentuh imannya.
Oleh itu sama-samalah kita mencari sahabat dan cuba menjadi sahabat kepada orang-orang lain.
*Ya Allah berkatilah persahabatanku bersama sahabat-sahabatku dalam mendukung deenMu.*

Monday, December 1, 2008

MATRI SPM 05

Dedikasi buat murabbi-murabbiku yang telah banyak mendidik dan mengasuh saya serta pelajar-pelajar yang lain.Segala nasihat dan tunjuk ajar serta ilmu yang dicurahkan akan termaktub dalam memoriku.

Buat sahabat-sahabatku,sama ada se'batch' atau tidak,antum adalah dapur pembakar semangat perjuangan dalam menempuhi jalan da'wah dan tarbiyah ini.
Gambar time SPM paper EST.Yang depan skali tu 'Amar Sabri.khusyuknya...

Sahabat-sahabat 5 sains umar 05,kita ada memori tersendiri dengan pelbagai ragam kita.
Moga ukhuwwah kita berkekalan.
Harapnya masih istiqamah dalam halaqah....
5 Sains Umar 05

Di sini ana senaraikan sahabat-sahabat se'batch' ana yang banyak influence ana.
Mohd Hafiz Zainol Abidin
*Selaku sahabat se'dorm',time form 3 n 5 banyak benda ana belajar dari anta.Anta memang hebat!!Banyak push ana untuk buat kerja-kerja islam.Tq.Anta memang cool.Tak pernah gabra.
Umar Afifi Zainordin
*Anta ni memang special.Kita se'dorm' time form 1.Ana banyak meluahkan pada anta.jangan bocorkan ek.keep it as a secret.Time ana cakap banyak,anta selalu ingatkan time janji kita waktu form 2 utk sama-sama diam/kurangkan bercakap.
Ahmad 'Imran Mohamed
*Anta yang paling memahami ana.Anta guru add math,fizik,kimia,math mode ana.Halalkan ilmu-ilmu tu ek.Anta juga sifu ping pong yang banyak ajar ana.Dari zero to hero.hehehe.You know my favourite foods,hobbies etc.Ana kecewa skit sbb x dapat jumpa/hantar anta time nak ke mesir..bila la nak jumpa lagi.
Malam-malam time SPM.Kiri depan:Ihsan,Adam,Hafiz.Belakang kiri:Abrar,Umar,'Imran,penulis
Muhammad 'Ammar Zulkifli
*Ana segan n respect dekat anta.Berfikiran matang etc.Memang layak jd head prefect.Berdedikasi etc.Ada Qudwah pada dirimu yang patut ana ikut.
Ali Noor Hanis Anuar
*Walaupun baru masuk,tapi ana rasa macam dah ngam dengan anta.Itulah hebatnya bila fikrah kita sama.Anta banyak ajar ana Add math.Anta jgk ketua group kimia ana.Dari selalu failed..akhirnya ana lulus jugak time SPM..Hehehe.Tq.Anta pun sifu ping pong ana..Nanti kita lawan lagi ek.
Adam Mohd Kadir
*Adam,anta memang cool,sporting etc.Anta bleh masuk dengan semua orang.Walaupun kita sama-sama asyik failed add math tapi anta dapat jgk A time SPM.Salute la..
Lepas habis paper EST.
Wan Mohd Akmal Wan Mohd Zaim
*Anta pun ana segan n respect.Paling rajin n istiqamah.Banyak tunjuk ajar ana.Sifu ping pong ana jugak.
Muhammad Mudzaffar Mansor
*Kelas memang happening bila ada anta dan amar sabri.Banyak ana belajar dari anta.Anta memang rajin n istiiqamah ke program-program islami.Anta memang class rep yang hebat.
Ahmad faiz Muhamad Sabri
*Yang ni sifu segala sifu.Memang hebat.Walaupun kita tak rapat time form 1-3,tapi time form 4-5 ana rasa seronok bersahabat dengan anta.Anta banyak bantu ana dalam academic.Anta aktif dalam kokurikulum tapi anta score academic walaupun anta tak study sangat.Memang Allah anugerahkan anta kecerdikan.

Dari kiri Izzat,Syakir dan Mudzaffar.Ni time malam graduasiMalam-malam SPM.Study dekat Musolla yang barakah.Yg pakai bju putih tu Hafiz.Yg dekat meja 'Imran,dan yg duduk kat lantai Akmal.Lepas habis paper ape ntah.Ni dekat Musolla jgk.Kiri depan:Penulis,Ihsan,'Ammar Zul,'Imran,Umar.Belakang:Akmal