Wednesday, December 17, 2008

Sukarnya mencari sahabat

Entah kenapa tiba-tiba saya teringatkan sahabat-sahabat saya di MATRI dulu..mungkit kisah suka duka dalam da'wah dan tarbiyyah mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita.Tamrin bersama mengenalkan kita lagi dengan ragam-ragam tersendiri.Memang benar,sukar mencari sahabat yang banyak membantu kita dalam da'wah dan tarbiyyah ni.Saya teringatkan kata-kata seorang senior saya di sekolah dahulu.Katanya,kawan dan sahabat ada bezanya.Kawan boleh di cari di mana sahaja.Kawan sekelas,kawan sebilik dan sebagainya.Tapi sahabat itu adalah mereka yang mendekatkan diri kita dengan Allah..
Boleh saya simpulkan di sini bahawa memang sukar mencari mereka yang benar-benar dapat mengingatkan kita kepada Allah.
Apabila terlihat wajahnya,teringatkan Allah.Terpandang akhlaqnya,tersentuh imannya.
Oleh itu sama-samalah kita mencari sahabat dan cuba menjadi sahabat kepada orang-orang lain.
*Ya Allah berkatilah persahabatanku bersama sahabat-sahabatku dalam mendukung deenMu.*

No comments: