Sunday, February 17, 2013

Aku belajar satu benda

First of all,I would like to apologize some of my readers/stalkers who do not speak Malay language cause this post will be in Malay. (Please copy + paste at google translate if you're desperately want to know what this post is all about)

Aku belajar satu benda. Semua yang milik kita (baju,makanan,rumah etc) belum tentu rezeki kita..
Ada 'portions' rezeki makhluk Allah yang lain pada barang kita itu..
Contoh:

Kau beli nasik sepinggan dangan lauk ayam kurma dan sayoq kangkong kat kedai Mak Cik Mah (Bukan Rosmah.). Tengah kau 'feel' lauk+nasik yang berzat dan lazat tu, tiba-tiba seekor kucing bertompok oren hitam datang mengiau-ngiau dekat kau. Dia lapaq dan harapkan kau kutey ayam tu sikit bagi kat dia.

So,kau pun kutey la ayam tu dan bagi kat kucing tu.Ok.setel cerita.
Paham dak?Nampak tak apa yang cuba aku sampaikan?


Hamboih,telioq aku tngok gambaq ni



Kau beli nasik tu guna duit kau.So,nasik +lauk tu milik kau lah kan?Tapi milik kau tu belum tentu semuanya rezeki kau.Ada rezeki kucing tu sikit dekat situ.Nampak tak? Nak contoh lain tak?

Meh aku kasi lagi satu contoh.

Kau kerja dengan majikan dan dapat gaji hujung bulan.Katalah RM1,500.00/month. (Apehal sikit sangat?Dah gov kita corrupt nak buat mcm mana.Orang atas-atas a.k.a kroni ja kaya.So,this coming election make sure UBAH.) Eh,jap aku lari topik pulak.

Kau dapat gaji RM1,500/month. RM 1,500 tu milik kau kan?Tapi bukan semuanya rezeki kau.Kau beli nasi,bayar bil,hutang dan segala bagai,maka nilai RM1,500 milik kau tu telah menrezekikan (wujudkah term ini?) sebahagian orang lain i.e. mak cik mah jual nasik, TNB,Astro dll.Nampak tak???

Dah la malas aku nak kasi contoh lain.Harap korang paham.

So,yang penting sekarang,biar kita dapat rezeki yang HALAL walaupun tak seberapa dan usahalah serta yakinlah Allah Maha Pemberi Rezeki.

*Kutey tu kira cubit/koyak sikit la..Term utagha.

7 comments:

.::: mr IQ :::. said...

sangat2 benar..

Nabil MJ said...

Tq @mr IQ kerana membenarkan..hehe

Ariff Arifin said...

lama tak baca blog enta....

UPU said...

seronok baca cara admin terangkan

Ato said...

terbaaik bro...

Musadun said...

info yabg sangat baik besrta penerangan yg menghiburkan..

Unknown said...

Ace288 merupakan situs agen judi bola terpercaya, terbaru dan terlengkap .

Bagi anda semua yang suka bermain judi bola online,Livecasino, slot, poker. bisa daftarkan diri anda di https://bit.ly/38q83xK

Minimal deposit 25.000 dan withdraw 50.000. Proses deposit hanya 1 menit.

CS Super Ramah dan Humble

Hanya 1 user id anda bisa bermain banyak permainan yaitu :
- Live Casino
- Sportsbook
- Slot
- Poker
- Habanero
- IDNLive

Info Promo :
* Welcome Bonus hingga 100%
* Welcome Cashback hingga 100%
* Extra bonus hingga 200%
* Discount 4D : 66.00% , 3D : 59.5.00% , 2D : 29.5.00%
Buruan daftarkan diri anda, kami tunggu kehadiran anda!

LINK ALTERNATIF : https://bit.ly/38q83xK
WHATSAPP : +63 9185593952
SKYPE : Ace288
LINK JOIN JADI MEMBER : https://bit.ly/2G6aJEG