Saturday, March 20, 2010

The miserable situation. (Malay version)

Sebuah hospital di ibu kota Mexico kelihatan agak tenang. Para doktor dan jururawat menjalankan tugasan seperti biasa tanpa sebarang masalah. Kelihatan beberapa pesakit sedang menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat rawatan di klinik pesakit luar yang terletak bersebelahan kaunter farmasi.

Di suatu sudut di aras satu, terdapat sebuah bilik kecemasan yang secara kebetulan terdapat seorang peaskit, James yang sedang parah dalam usaha untuk diubati.

Doktor Albert yang pada ketika itu bertugas di bahagian kecemasan bertindak sebagai ‘doctor in charge’ untuk operasi itu.

Selepas melakukan diagnosis terhadap James, Dr. Albert mendapati James telah dijangkiti H1N1 yang agak kritikal. Tiba-tiba beliau terfikir sesuatu perkara.

“Aku perlu melatih orang-orang di sekitar aku untuk bertindak jika mereka berhadapan dengan virus ini.”

Maka Dr. Albert pun memanggil seorang technician, Robert yang bekerja di hospital berkenaan sejak 10 tahun yang lalu. Dr. Albert menceritakan kepada Robert tentang cadangannya untuk melatih Robert menjadi seorang doktor untuk merawat para pesakit H1N1 kelak.

Beberapa orang doktor yang mengetahui cadangan Dr. Albert ini terus memberikan sokongan kepada Dr.Albert dan Robert.

“Robert, kami tahu anda mampu untuk menghadapi semua ini,” ucap para doctor yang lain.

Robert yang terpinga-pinga dengan cadangan itu, lantas menolak dek tahu kemampuannya. Dia yang pernah cuba melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sewaktu di zaman universiti ternyata tidak mampu untuk meneruskannya, lantas menukar ke bidang kejuruteraan elektrik.

Dalam masa yang sama, James di dapati semakin tenat. Kebetulan juga pesakit- pesakit baru yang dijangkiti H1N1 semakin ramai dan mereka masih menunggu giliran untuk dirawat. Mereka semua masih belum dirawat dan dibiarkan menunggu.

Robert yang masih menolak pelawaan para Doktor itu akhirnya terpaksa barhadapan dengan Menteri dari Kementerian Kesihatan Mexico, Dr. Micheal.

“Robert, saya yakin dan pasti anda mampu untuk hadapi semua ini. Anda mampu untuk menjadi seorang doktor”, ujar Dr. Micheal.

“Tuan, walaupun saya sudah berkerja sebagai technician di hospital ini selama 10 tahun, saya tetap bukan seorang doctor. Saya juga pernah mengikuti jurusan perubatan di universiti dahulu, tetapi ternyata saya tidak mampu”, balas Robert.

Sementara itu, James yang sudah semakin tenat, akhirnya telah meninggal dunia diikuti oleh tiga pesakit yang lain.

“Tuan, biarkan sahaja para doktor merawat penyakit ini. Saya sebagai seorang technician akan membantu dari aspek lain. Saya akan pastikan segala perkara berkaitan teknikal berjalan dengan baik bagi memudahkan para doktor melakukan kerja- kerja mereka,” suara Robert pada suatu ketika.

“Tidak Robert, kami mahu melatih anda menjadi serba boleh”, kata Dr. Micheal.

Setalah didesak, akhirnya Robert terpaksa mendalami semula ilmu perubatan yang diajar secara langsung dari Dr. Albert. Segala ilmu berkaitan anatomi dan lain- lain terpaksa dihadamkannya.

Para doktor yang lainnya juga mencari orang- orang yang baru untuk dilatih menjadi seperti Robert. Walaupun masa semakin suntuk untuk semua ini, mereka tetap berusaha dengan gigih dan berfikiran positif.

Akhirnya, para pesakit H1N1 itu tidak berjaya diubati dan meningal dunia dek kerana kesibukan latihan yang diberikan oleh para doctor terhadap orang-orang awam yang telah merugikan pelbagai pihak.

Cerita ini tiada kaitan dengan siapa- siapa. Cuma rekaan dari saya sendiri. Rekaan analogi untuk cuba membawa anda menyelami entry saya sebelum ini, “Akhi,enta boleh.”

Anggaplah para doctor itu teman- teman seperjuanganmu. Robert itu adalah kamu, Dr. Micheal itu ketua kamu dan para pesakit itu masyarakat hari ini.

Bagaimana mungkin para doktor dan Menter Kesihatan mengetahui kebolehan Robert untuk menjadi doktor? Walaupun Robert mungkin pernah bertegur sapa dengan para doktor di hospital tersebut, mungkin juga pernah makan bersama beberapa kali, saya pasti mereka masih belum mengenali kebolehan Robert. Inikan pula si Menteri yang berada di tempat lain. Tiba- tiba sahaja mampu berkata “Saya yakin anda boleh.” Dari mana datang keyakinannya? Mulut-mulut doktor yang lain?

Mengapa tidak menerima cadangan Robert untuk menjadi pelengkap kepada para doktor? Memastikan segala teknikaliti berfungsi dengan baik. Ini kerana, mereka “LEBIH MENGENALI ROBERT”, berbanding Robert mengenali dirinya.

Berfikiran positif itu penting. Tetapi anda juga perlu berfikiran REALISTIK. Dalam situasi genting sebegitu, perlu berfikir secara realistik dan positif. Tidak hanya Positif.

Itu pun jika anda rasa masyarakat hari ini separah virus H1N1. Dengan keruntuhan akhlak, pergaulan bebas dan lain- lain. Jika anda tidak berasa sedemikian parah, mungkin anda masih boleh terus dengan ‘fikiran lama’ anda.

Kesimpulan yang saya boleh buat berdasarkan pandangan peribadi, di dalam memberi tanggungjawab kepada seseorang, perlulah di kaji latar belakangnya, mengetahui kebolehan dan kelemahannya dan berta’aruf mendalam dengannya.

Tidak bisa kita membri tanggungjawab atas dasar orang lain kata dia boleh, maka kita pun kata boleh juga. Atau dia sudah lama atas jalan ini, semestinya dia boleh. (Jika begitu, Robert yang sudah lama; 10 tahun bekerja di hospital itu sebagai technician semestinya tahu juga lah bidang perubatan?)

Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing- masing. Ada yang pandai berkata- kata, ada yang pandai berorganisasi, ada yang cepat ‘pick up’, ada yang semua serba boleh dan sebagainya. Maka hargailah kelebihan- kelebihan saudara kita dan salurkan ke bidang yang betul untuk Islam.

Kerja- kerja pengislahan manusia ini suatu kerja yang berat. Ia memang sukar dan menuntut pelbagai pengorbanan. Seharusnya kita merancang dan memberi tanggungjawab untuk memikul tugas- tugas tertentu sebaiknya kepada mereka yang benar- benar mampu agar kerja- kerja ini berjalan dengan baik, Insya Allah.

Wallahu’alam.

5 comments:

Amin Misran said...

tak habis habis lagi...hehe...

jgn marah ana nabil...

Abdul Rahman bin Ahmad Bukhari said...

amin ni nk kena taboh ni..
hehe...

kpd Nabil : bakat nta dlm menulis smakin myerlah...
Ana suka baca tulisan nta...
Bukan saja tulisanny kemas dan cantik, tetapi penuh dgn input2 brharga n pgajaran yg brguna..

Truskan..

-ing

nadz ruslan said...

kata seorang cikgu,

"bila sampai masa, Allah akan bagi kita kekuatan untuk kita buat apa yang sebelum tu, kita rasakan tak boleh "

lebih kuranglah.

dia bagi contoh, dia takut darah. tapi bila anak dia sakit gigi boleh pulak dia cabut gigi anak dia. lepas tu dia teringat dulu dia tak mahu jadi dentist sebab tu lah. takut darah

:D

Nabil MJ said...

to amin:yup.x habis2 lg.Ana x marah pun.Nak marah buat apa?

to Ing:hehe..mu jange dok gocoh.manusia ni pelbagai ragam.hadapinya dgn seni.
x berbakat mana pun ana ni.tungging-langgang.Tulisan ana kemas dan cantik sbb ana guna font TNR size 12.Berterima kasihlah kpd pereka font ini.=)
Jazakallah

To lilacfla:
Thanks 4 ur comments

Anonymous said...

Well Nabil, I got two friends who were Flight Engineers with MAS in the 1980s When MAS bought new airplanes, they were equipped with computers on board making Flight Engineers redundant. They were asked to switch over to piloting the airplane after undergoing some training. Those who refused or not qualified will have to look for another job which won't be that lucrative. One of them took the challenge (at 30+ age) and now he is one of the MAS Captain, obviously to maintain his standard of living/life style. Will we do the same to please Allah?.....dont take seriously..do what you loves most, your talent will surface. Dad