Friday, December 26, 2008

Ayuh!! Tajdid niat,Renovate hati




“Izzat, bila besar nak jadi apa?”
“Hmm…Pilot,cikgu!!”
“Shafuan pulak nak jadi apa?”
“Saya rasa saya nak jadi arkitek la cikgu.”
“Saya nak jadi doctor”,sampuk Azhari.
“Bagus,semua kena belajar rajin-rajin untuk mencapai cita-cita masing-masing,” simpul cikgu Hazli.

Saya kira bait-bait ucapan di atas memang berlaku ketika zaman kanak-kanak dahulu. Semua mempunyai cita-cita yang tersendiri. Malah, ketika di bangku menengah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapai matlamat dengan dorongan guru, ibu bapa, kawan-kawan malah diri sendiri. PMR,9A….SPM 12A1…
Semuanya kerana mengejar cita-cita yang ditanam ketika kecil…

“Bila dapat kerja yang power-power,dapat banyak gaji,kaya pulak tu..Huh,hidup senang la aku..Time tu aku nak apa pun boleh..Money no hal lah..”

Sayangnya bila hanya itu menjadi matlamat belajar kita. Tidak ada apa-apa disisi Allah. Kalau ditakdirkan tidak Berjaya seperti yang dirancang, lagi parah.Apa pun tidak dapat.
Belajarlah dengan niat untuk deen Allah S.W.T. Bersungguh-sungguhnya kita untuk Berjaya sebab untuk tegakkan deen Allah. Macam mana??

Sebagai contoh,
Kita ambil jurusan perubatan. Tetapkan niat, bila aku score, Islam Nampak tinggi sebab aku bawak imej Islam. Aku berakhlaq dengan akhlaq Islam. Segala tindak-tanduk aku based on Syara’. Bila aku kerja, aku boleh sampaikan Islam secara tidak langsung. Bila aku treat pesakit, time tu boleh cerita skit-skit tentang Islam. Paling kurang aku dah sampaikan.

Bukan sekadar nak jadi doctor sebab gaji tinggi etc.
Setiap profession kita ada ruang-ruangnya untuk terus berjuang untuk Islam. Insya Allah bila niat betul, segalanya ada ganjarannya di sisi Allah.

Itu sebabnya mereka yang meletakkan duniawi sebagai matlamat belajar,bila diuji cepat gundah,tak tenteram malah mengambil tindakan di luar jangkaan.Bunuh diri etc..Bila mereka tidak dapat capai matlamat duniawi, hidup ini sudah tidak bermakna lagi kerana tiada Allah dalam matlamat mereka untuk di sandarkan.
Belajarlah bersungguh-sungguh, gaji tinggi-tinggi tapi ada sumbangannya untuk Islam.Islam boleh tumpang dengan kejayaan kita.

Bagi mereka yang mempunyai niat yang betul serta matlamat yang jelas, ujian bukanlah masalah utama. Ujian itu tandanya Allah ingat dan sayang padanya. Semakin banyak ujian sama ada kegagalan, kewangan etc. semakin dekat hubungannya dengan Allah.
Didiklah hati dengan didikan Al-Quran agar ia menjadi lembut dan mudah untuk berniat dan beramal untuk Allah. Memang payah,sukar, bosan tapi ingatlah,segala kesusahan,kepayahan dan kebosanan itu akan terbayar di akhirat kelak.

Jika pahala itu dapat dilihat,maka akan berlmba-lumbalah anak-anak adam mendapatkannya.

Ayuh kita tajdidkan niat dalam belajar agar setiap amalan dikira sebagai amal soleh oleh Allah untuk hari kemudian.

No comments: