Saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu apabila hati ini kiranya tidak tenteram dengan desas-desus kesedihan yang menimpa kawan-kawan saya juga diri ini..
“Aduh sedihnya aku..Kecewa gila aku sebab failed subject xxxxx dalam exam final lepas..”
“Alamak takkan kena extend setahun lagi??Ni sebab failed hari tu la..”
Ini antara keluhan-keluhan yang saya dengar dan kadang-kadang saya alami..Gagal dalam final exam.Kecewa bukan kepalang.Ada yang salahkan diri sendiri sebab tak struggle dari awal.tak kurang juga salahkan lecturer. “Huh,lecturer tu kedekut giler markah”.
Kawan-kawan sekalian,memang lumrah ada yang cemerlang dan ada yang tidak.kalau semua cemerlang,semua jadi doctor,siapa nak jadi nelayan??(Saya tidak maksudkan profesion nelayan itu tidak cemerlang).Doctor nak makan ikan macam mana?Hmm..Allah dah susun segala-galanya.
Ingatlah, Allah tidak melihat natijah(hasil) yang kita dapat,tetapi Allah lihat pada usaha kita..Sejauh mana usaha kita.Kalau kita tidak Berjaya sekarang,mungkin Allah tangguhkan kejayaan kita.Siapa tahu masa akan datang kita akan Berjaya??.
Redha dan Bersyukurlah
Kawan-kawan sekalian,
Bersyukurlah dengan apa yang Allah sudah tetapkan,tapi dengan syarat kita sudah berusaha bersungguh-sungguh..
Ingatlah, Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah Ibrahim ayat 7:
“Dan(ingatlah)ketika TuhanMu berfirman,’Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambah(nikmat)kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari,(nikmat Ku),maka pasti azab Ku sangat Berat”
Ramai lagi orang lain yang nasibnya tidak seelok atau lebih teruk diuji oleh Allah..Maka apakah kita tidak merasainya dan tidak bersyukur dengan apa yang telah diberi?Kita mungkin failed satu subject dan mungkin terpaksa extend satu semester sahaja,tetapi ada kawan-kawan kita yang diuji dengan failed 3-4 subjects dan terpaksa extend satu tahun.Bukanlah sesuatu yang memalukan apabila terpaksa repeat subject.Sebenarnya kita lebih faham dari mereka yang tidak repeat sebab kita belajar dua kali.(pendapat saya)…Jadi janganlah bersedih wahai mereka yang diuji…
Kesedihan yang sebenar
Saya ingin mengajak anda semua berfikir sejenak apakah keadaan yang benar-benar menyebabkan kita patut bersedih.
Bagi mereka yang hatinya diproses dengan didikan Al-Quran dan As-sunnah,kesedihan yang sebenar adalah apabila di akhirat kelak dicampakkan ke dalam Neraka Allah S.W.T.
Ketika itu 1001 penyesalan tidak berguna lagi..
Sedihnya apabila hidup ini tidak ada sumbangan pada deen Allah S.W.T…
Pilunya bila hidup ini tidak mendapat hidayah daripada Allah S.W.T…
Kecewanya apabila di akhirat kelak kita tidak punya apa-apa atau mungkin terlalu sedikit amalan soleh yang akan dipersembahkan di hadapan Allah.
Itulah kegagalan yang sebenarnya..
Kegagalan yang hakiki kerana matlamat kita adalah kehidupan akhirat yang abadi.
La Tahzan wahai mereka yang diuji..Ujian itu tandanya kasih-sayang dari Allah apabila diredhai.
La Tahzan.Innallaha ma’ana…
No comments:
Post a Comment