Friday, December 26, 2008
Sem lepas berlalu,sem baru mendatang
Semester ini saya agak "tidak sibuk"berbanding semester-semester lalu.Kalau dulu, kelas start dari pagi around 9.00a.m dan tamat malam for certain days.Penat?? Tak payah cakap la..
Nak makan pun tak sempat.Kadang-kadang sehari sekali je menjamah nasi. Susah-susah puasa sunat je..Pahala pun dapat.
Alhamdulillah semester ini subject yang diambil tak sebanyak dahulu.Cuma kurang satu je dari sem lepas.
Bila difikirkan,memang ada hikmah kenapa Allah bagi lapang sikit.Sejak akhir-akhir ni disebabkan agak sibuk,saya bagi banyak alasan pada diri untuk buat kerja-kerja Islam.Penatlah,assignment banyaklah,itulah,inilah..Akibatnya....Iman lesu.Akhlaq merudum.
Alhamdulillah sem ni Allah masih sayang pada saya.Dilapangkan masa saya.Diamanahkan untuk buat kerja-kerja Islam.
Saya teringat satu kata-kata:
"Jika kita tak sibukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam,maka kita akan disibukkan dengan perkara-perkara jahiliyah."
Tengok movies la,lepak sini,lepak sana.Bual kosong..Hmm..
Tapi bila dah disibukkan dengan kerja-kerja Islam,tak ada masa lagi untuk semua itu.
Harapnya Allah bagi kekuatan untuk terus istiqamah atas jalan ini..
Kena shift cara belajar sem ni..Hehehe
Assignment buat awal-awal...study awal-awal..semua awal-awal lah..
Doakan agar diberi kekuatan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment