Bekalan…..Penting sangat ke bekalan??Hmm….Pernahkah anda memikirkan tentang kepentingan bekalan???Mungkin ada yang berpendapat bekalan ni tak penting,tak kurang juga yang kata penting….
Sejauh mana kepentingannya???....Jom kita lihat..
Cuba anda bayangkan anda dalam perjalanan ke Mekah untuk melakukan ibadah haji..Ketika itu tahun 1965..Anda terpaksa menaiki kapal..Bukan kapal terbang tapi kapal di lautan.Hmm….1 bulan perjalanan pergi,1 bulan di Mekah,dan 1 bulan pelayaran pulang…Agak-agaknya penting tak bekalan makanan ketika dalam perjalanan ke Mekah??
Khabarnya orang-orang tua kita dahulu menyediakan pelbagai jenis bekalan ketika ke Mekah.Dengan sambalnya,ikan bilisnya dan lain-lain.Ye lah,nanti kebulur pulak di perjalanan.Penting ke bekalan??
Ok,anda dari Johor nak ke Perlis.Memandu kereta ke destinasi..Nak ikut highway??ok..its up to you.Dalam perjalanan perlu ke anda berhenti di R&R?atau anda drive all the way tanpa berhenti??Saya kira kereta anda juga berehat dan perlu menambah bekalan..Bekalan minyak.Anda juga perlu makan bukan??So,penting ke bekalan??
Apa yang cuba saya bawa di sini bukanlah bekalan makanan semata-mata..Kita sebenarnya perlu dan berusaha untuk mendapatkan bekalan yang paling berharga..Bekalan yang akan menjadi asset untuk kita ketika di perhentian terakhir yang abadi.
Allah S.W.T telah berfirman dalam Kalam Nya yang Agung di dalam surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:
“Bawalah bekal,kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah Taqwa”
Sekadar muhasabah,sejauh mana kita memperlengkapkan diri kita dengan bekalan Taqwa?? Tidakkah kita berasa rugi jika kita tidak punya apa untuk dipersembahkan dihadapan Allah di hari Akhirat nanti??
Sejauh manakah amalan-amalan kita yang benar-benar ‘bekalan Taqwa’?
Saya sekadar ingin mengingatkan diri saya yang asyik alpa dan lupa juga buat anda sebagai manusia yang banyak melakukan kesilapan..Bukankah Allah telah berfirman bahawa peringatan itu penting?
“Dan tetaplah member peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.”(Az-Zariyaat :55)
Sebagai kesimpulan,sama-samalah kita bersiap-sedia dengan bekalan-bekalan untuk bertemu dengan Allah S.W.T nanti.
No comments:
Post a Comment