Saturday, July 24, 2010

Cantiknya Penyusunan Allah

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah hari ini Allah banyak memberi pengajaran dan bantuan kepada saya dan beberapa orang sahabat saya.

Pagi tadi saya dan dua orang sahabat saya,Suhail dan Amin pergi ke Taman Melati,Gombak.Kami ke sana bertujuan untuk mengambil supply baju palestin dan 'button/badge'yang akan dijual pada isnin malam ini. (Jemput hadir ke Program anjuran Journalism Club IIUM berkenaan Palestin)

We spent our time there for about 2 hours.Memilih baju-baju bukannya mudah.Mencari design yang menarik serta kain yang berkualiti.Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.Stok-stok baju dan badges ada serta kami berjaya 'negotiate' harga.

Seusai tugas di sana,kami menuju ke Setapak untuk tukar tiub tayar basikal suhail,dan Alhamdulillah,kami dipermudahkan.Mudah mendapat tempat parking kereta walaupun sesak.

Ketika sedang menukar tiub,saya mendapat message dari seorang sahabat yang lain,meminta bantuan untuk ke rumah Ustaz Wan Nahar (Senior saya di sekolah dahulu).Ustaz akan berpindah rumah hari ini dari Gombak ke Shah Alam.

Setelah berbincang dengan Suhail dan Amin,kami bersetuju untuk menghulurkan bantuan.Arahannya,berkumpul di 'rumah bujang' sahabat-sahabat Gombak jam 2.00pm
Ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 1.30pm
Plan awal,untuk lunch dahulu kerana lapar,tapi kalau lunch,timing akan lari.So,kami decide untuk solat zohor dahulu dan akan terus ke rumah bujang.

Alhamdulillah seusai solat zohor,kebetulan di masjid tersebut ada nasi bungkus percuma.Pak cik-pak cik di situ menyuruh kami ambil sorang 2 bungkus untuk mengelakkan membazir.Katanya,banyak lagi ni.Orang pulak tak ramai.Tapi 1 bungkus sorang memadai.(Cover2 malu.Takut di cop tamak,kebulur dll..hehe)
Alhamdulillah Allah susun baik semuanya.Lancar.

On the Way ke Rumah bujang,kami berhenti di tepi jalan dan makan di dalam kereta.Save time.Selesai makan,kami teruskan perjalanan.Allah izin,dalam 1km sebelum tiba di rumah bujang,kereta kami terbabas.Kereta hampir terbalik.Tercondong 45 darjah.Tayar depan dah terangkat.So,dengan muka tenang,Suhail keluar dari kereta dahulu.Saya dan Amin masih berada di dalam kereta.Nak beratkan bahagian depan agar tak terus ter 'flip'kereta tu.

Alhamdulillah kebetulan ada seorang abang ni lalu naik motor.Terus dia berhenti dan hulurkan bantuan.Kami cuba tolak dan angkat,tapi tidak berjaya.Tanah lembut.Tayar tak dapat 'grip'(Dalam otak saya,nak call je tow truck)

Sedar tak sedar,sorang demi sorang datang menolong.Dalam 7 ke 8 orang berhenti memberikan bantuan.Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami.Kami ramai-ramai push dan angkat kereta dan Alhamdulillah berjaya.Terharu jugak bila ramai orang datang tolong.Hanya mampu salam dan ucap terima kasih banyak-banyak.

Check-check kreta,semua ok.Except bau hangit tayar.So,kami terus ke rumah bujang,walaupun sedikit lewat.(2.20pm)

Sampai di rumah ustaz,kami pun angkat-angkat barang masuk dalam lori.Yang peritnya bila nak bawak barang turun tangga.Almari,mesin basuh dan segala-gala yang 'nala' punya size.Saya,suhail dan Amin dok plan after angkat barang nak singgah makan ABC sebab dahaga sangat.Penat.(Penat tolak and angkat kreta tadi tak habis lagi)

Allah susun lagi baik.Habis angkat barang,ustaz jamu makan.Nasi Ayam + Air sarsi.(2nd round makan + free.)Alhamdulillah.Tq ustaz,nanti nak angkat barang panggil ana lagi.hehe

Habis makan,singgah rumah bujang semula.Rehat-rehat.(sakit pinggang la pulak.Bukan sbb tua ek.Baru sedar tak warming up sblm angkat barang.Pergh..Ala2 atlet tu..)

Then,proceed ke campus.Sampai IIUM pukul 7pm.Penat tapi seronok.Bersama sahabat-sahabat dapat charge iman dengan diri saya yang susah nak serious.Alhamdulillah ada Suhail dok peringat.

Pengajarannya:Allah itu Maha Mengetahui.Mintalah padaNya.Ketika disaat susah atau senang,teruskan minta.
Penyusunan Allah tu cantik.Disebalik musibah ada kemanisan.Allah nak ajar kami sesuatu.

Note:Peringatan pada nabil,kerja anda berlambak-lambak lagi tak siap.If perlu,malam ni stay up.Minit Mesyuarat JC x buat lagi.Assignment dah tinggi Mount. Everest dah.Kerja2 Class rep x buat lagi.Adeh..(tak patut betol depa ni.memilih orang yg bakal menghancurkan warga class)
Aisey!Topic research tak dapt lagi la pulak!Tu dia!padan muka.
-Tapi nabil tetap tenang....(Ya Allah permudahkanlah urusanku ini)
Jom esok pagi jogging!

Wassalam.

4 comments:

Munsyi said...

la, nae tak call? leh tlg angkat kete skali. :)

rezki antapa. rehat dlu mlm ni, isnin ni nta nk kena jd MC lak kan?

btw, ana de klas la sok ptg smpai 620..cmne ni?

Nabil MJ said...

to Shu'bah:

Call nta?Huhu..x pa la.x mau susahkan nta.Better ana call org2 rumah bujang sbb lagi dekat.Tapi x call pun.Allah bg bantuan melalui orang2 sekitar yg perihatin.

Ana jd MC?Lingkup majlis nanti.

U mean ur class on Monday evening or Sunday evening?If monday,mcm mana ek?Ana pn ada class Monday 4pm-7pm..And for sure,I couldn't skip the class.

Better u ask PM (Amad)Mayb u can pass ur job to some1 else,using ur text.btw,text dah siap kan?

ing said...

cth pljr cmrlg...
x skip class...

1 lg sikap pljr cmrlg ialah x tidur dlm klas..

slain tu bangkit subuh awal...
(saudara ukurkira ni slalu kejut bdk2 bgn subuh zaman skolah menengah dulu...bdk2 tu trmasuklah saya..he3)

mari kita sama2 contohi sifat mulia ini...

Nabil MJ said...

to ing:

Nta pun sama.Pelajar cemerlang juga.Medic pulak tu.

Nta mengungkit cerita lama..hehe..Bangun2!! Subuh2!!

Jom kita contohi sifat nabi tercinta.