Saturday, September 18, 2010

Perginya seorang pejuang

Assalamu'alaikum...

Pertama sekali marilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Dahlan Mohd Zain,mudir Ma'had Attarbiyyah Al-Islamiyah,MATRI yang telah kembali bertemu dengan Rabbul Jalil pada pagi 18 September 2010..Al-Fatihah...

Ustaz merupakan seorang yang saya cukup kagumi.Tanya sahaja mana-mana pelajar matri baik yang masih di matri mahupun yang sudah keluar,pasti mereka akan menyatakan perkara yang sama.

Ustaz,sorang yang lemah-lembut tetapi tegas.Berjiwa seorang murobbi dan dai'e yang tidak kenal penat lelah.Mendidik anak-anak matri untuk meneruskan kerja-kerja islam.

Saya bukanlah orang yang rapat dengan ustaz seperti sebilangan yang lain.Semuanya atas kelemahan saya sendiri.Kurang dan lemah dalam hal-hal 'PR'.

Maka,saya tiada punya cerita-cerita dan pengalaman bersama-sama dengan ustaz secara peribadi.Tapi saya punya khazanah yang masih saya simpan hingga sekarang.Khazanah yang amat berharga buat saya.Buku setebal 400 muka surat menjadi saksi catatan mutiara-mutaira ustaz di matri,termasuk al-Fadhil ustaz Dahlan.

Sebentar tadi saya selak-selak semula segala catatan sepintas lalu.Sedih dan sebak.Catatan ijtima'am (perhimpunan mingguan yang di buat di musolla matri;mengumpulkan semua pelajar,guru dan masyarakat setempat untuk diisi dengan tazkirah)yang ketiga iaitu bertarikh 10 Februari 2001 telah disampaikan oleh al-Fadhil ustaz.Ketika itu saya masih di tingkatan satu.Tajuk yang ringkas tetapi memberi seribu satu pengajaran.Antara pesanan ustaz yang dapat membakar semangat ketika 'down'dalam menuntut ilmu ialah,

"Hidup ini perlu dengan ilmu,bukan tradisi dan adat.Tiada jalan untuk mengenal Allah melainkan dengan ilmu.Maka antara syarat untuk menuntut ilmu adalah TIDAK BERMALASAN".



Allahyarham Ustaz Dahlan,Allahyarham Sir Yahya dan Sir Abduh memberi taklimat kepada ibu bapa ketika pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 1,2005



Hargailah mutiara-mutiara di lubuk matri.Walaupun saya tidak punya pengalaman bersama-sama ustaz secara peribadi dan saya sedikit terkilan,tetapi ada hikmah Allah beri disebalik semua itu.Mungkin ada hikmah saya seorang yang agak 'skema'di sekolah dahulu.Berada dihadapan di setiap tazkirah,perhimpunan dan kelas.Mencatat setiap bait-bait mutiara disampaikan oleh para murobbi.Mencatat bedah buku 'maza yakni intimai lil islam',karangan Allahyarham Ustaz Fathi Yakan,oleh ustaz dahlan di setiap kali perhimpunan pagi mingguan.Walaupun saya kekurangan satu perkara,namun Allah izin saya punya perkara yang lain.

Masih teringat ustaz mengajar Bahasa Arab sewaktu di tingkatan satu atau dua (tak ingat tingkatan berapa).Tidak salah saya,ustaz menggantikan ustaz Zainuddin ketika itu.Saya yang sejak azalinya berdarah gemuruh agak 'dup-dap dup-dap'ketika ustaz mengajar.Ketika itu saya tidak begitu mengenali ustaz.Sekadar mengetahui beliau seorang mudir.Persepsi saya,mudir seorang yang garang,suka pukul pelajar dll.Semuanya berpunca ketika di sekolah rendah dahulu.Guru Besar muka 'bengis',garang,dan saya ada pengalaman kena 'libas'dengan Guru Besar.Jadi terbawak-bawak bayangan tersebut.

Saya yang tiada asas Bahasa Arab ketika di sekolah rendah ditambah dengan ustaz asyik tanya-tanya dalam Bahasa Arab membuatkan rasa hendak 'terkencing';takut.Namun,Alhamdulillah ustaz jauh dari segala sangkaan saya.Ustaz mengajar penuh hikmah.Ustaz tak marah-marah dan rotan.Ustaz banyak nasihat dan bercerita.Macam-macam cerita ustaz.Dari cerita ustaz suka bermain badminton sampai cerita ustaz belajar di Iraq.

Bukanlah saya hendak mengagung-agungkan ustaz Dahlan,tetapi bagi mereka yang pernah mengenali ustaz,mereka tahu bagaimana peribadi ustaz.

Ustaz bersusah-payah membina matri di awal tahun 80-an.Ustaz melihat jangka-masa panjang.Bukan saya hendak merendahkan atau memperlekehkan sekolah-sekolah lain,tetapi kebanyakan sekolah agama tidak menekankan 'kesedaran islam'dalam jiwa para pelajarnya.Sekadar bersilibus bahasa arab,quran sunnah dan syariah islamiyyah dan hafalan quran.Tidak hairanlah ada para 'huffaz' tidak berakhlaq dengan akhlaq islami.Kerana apa?Kesedaran islam itu tidak ditanam didalam jiwa.

MATRI lengkap dengan 3 aspek untuk membentuk muslim yang soleh dan musleh.Bi'ah yang solehah,murobbi mithali,dan punya qudwah hasanah.


Para bapa pelajar-pelajar tingkatan 1 mendengar taklimat sewaktu hari pendaftaran di MATRI;2005



Para pelajarnya ditekankan untuk 'bekerja untuk islam,meneruskan kerja-kerja islam,mengislahkan masyarakat dll.Bukan sekadar menjadi ustaz dan ustazah malah para professional yang bertaqwa.

Ustaz nampak,melalui pendidikan yang tersusun dan terancang,islam dapat disebarkan ke seluruh pelosok bumi.Bertebaran sahaja anak-anak Matri di serata dunia,akan dibawa bersama-samanya cara hidup islam yang benar untuk dirinya dan masyarakat sekeliling.Alhamdulillah,anak-anak Matri ramai yang berjaya melanjutkan pelajaran di serata dunia;UK,Jordan,Mesir,Korea,Russia,New Zealand,Madinah,Indonesia,dll.Insya Allah dengan bertebarannya anak-anak matri ini,keja-kerja islam masih dapat diteruskan.

Walaupun jasad ustaz telah pergi dahulu meninggalkan kita,namun ruh dan semangat serta pengorbanan ustaz masih dirasai dan insya Allah akan diteruskan.

Wallahu'alam...

Notes:
1)Agak terkilan tidak berpeluang menziarahi pengkebumian ustaz.Baru sampai Kuala Lumpur ketika berita diterima.

2)Abah dan ummi kata musolla penuh time solat jenazah.Belum dicampur pelajar-pelajar matri yang masih bercuti.Sahabat-sahabat ustaz dari iraq ada yang datang.

3)Rasa bersyukur dipilih oleh Allah untuk menimba ilmu dan mengutip mutiara di MARTI.Ada hikmah menolak tawaran bersekolah di xxx selepas PMR dahulu.

4)Anda juga boleh melawat web
Hilal ,Ust Saiful Rahman, Afdholul Rahman.

7 comments:

kauthar said...

Assalamualaikum,
subhanallah mashaallah !
bertebarannya pemuda-pemudi islam yang memahami islam,
bererti bertebaranlah askar2 islam yang bakal menyambung rantai pengislahan dunia ini,
betapa seronoknya bila membayangkan setiap 'anak-anak' islam yang bertebaran ke seluruh dunia..
benarlah walau sejerih mana pun musuh2 cuba memburukkan dan memadamkan cahaya Allah, ianya pasti takkan tercapai tanpa izin-Nya [61:8]
usaha mereka sia2, semoga kita terdiri dari kalangan 'anak-anak' itu enshaAllah !

ukur kira said...

@kauthar:
w/salam.
Insya Allah.Sama-sama kita berdoa dan berusaha agar menjadi pemuda-pemudi yang dapat bekerja untuk islam.

ing said...

Quote
"Buku setebal 400 muka surat menjadi saksi catatan mutiara-mutaira ustaz di matri,termasuk al-Fadhil ustaz Dahlan."..

WOW..!..
anda sgt beruntung..
ini 1 keistimewaan..
Lbh istimewa lg,
skiranya smua mutiara2 trsebut lahir dlm bentuk praktik hidup..(nsht bt diri sndiri)

Moga Allah menempatkn Allahyarham Ust Dahlan Mohd Zain d kalangan hamba2nya yg beriman...
Amiin....

ukur kira said...

@ing:
Insya Allah..Dalam proses nak aplikasi dalam kehidupan.

Tak guna jugak tulis banyak2 tapi x implement. =)

LuQMaN M.J said...

Mari berusaha membaiki diri.

Anonymous said...

Aslwnwb. satu perkongsian yg menarik. saya cdangkan mutiara2 catatan ijtimak am oleh almarhum di tulis semula dan diterbitkan. utk dibaca dan diamalkan oleh nasyarakat semua. sila mesej dekargh2007@gmail.com

ukur kira said...

@Luqman:
Mari!!

@Anonymous:
InsyaAllah.Akan cuba diusahakan.Tapi sepanjang 5 thn saya di MATRI,hanya beberapa kali sahaja perkongsian ust ketika ijtima'am.Yang banyaknya dari ust Omar,ust hadi dan beberapa kali oleh ust karim dan ust rosli.