Isnin, 9.00a.m- 12.00p.m (Part II)
Sehinggalah tiba pada satu slide show tazkirahnya……
Saya macam pernah tengok dan pernah terdengar ayat-ayat dari slide itu. Kepala otak ini ligat berputar dan berfikir di mana agaknya saya lihat semua ini. Setelah sekian lama me”recall”, akhirnya saya dapat jawapannya.
Rupa-rupanya dari website Saifulislam.com. Jika anda mengikuti laman web Ustaz Hasrizal ana akan tahu.
Lecturer saya ini penuh bersemangat member Tazkirah selama 3 jam lebih. Gaya macam motivator pun ada. Apa yang saya perasan, pada setiap slide shownya ada tulis “Fitrah Perkasa”.
Di akhir kelas saya Tanya padanya.
“ Sir, are you working with Fitrah Perkasa Training Consultancy? I saw each of your slide stated ‘Fitrah Perkasa’.”
“Oh, tu saya yang punya consultant”, jawabnya.”
“Patutlah saya macam pernah dengar ayat-ayat tazkirah sir. Dulu empunya Saifulislam.com kerja dengan sir kan?”
“Exactly!. Eh, nama apa ntah dia? Sir lupa pulak.”
“ Ustaz Hasrizal Abdul Jamil”, jawab saya.
“ You pernah dengar ceramah dia?”
“ Tak pulak. Just following his website. Interesting!”
Begitulah lebih kurang perbualan saya dengan lecturer saya di akhir kelas. Rupa-rupanya, beliau adalah empunya Fitrah Perkasa Training Consultancy. Jika anda mengikuti website saifulislam, anda akan perasan yang kadang-kadang ustaz Hasrizal akan cerita mengenai pengalaman-pengalamannya ketika bersama Fitrah Perkasa.
Patutlah kelas saya tak macam kelas Advanced Building Construction. Macam motivation course. Tapi itu waktu 1st class sahaja yang tazkirah sampai tiga jam. Kelas-kelas selpas itu cuma tazkirah di awal waktu belajar. Then he proceed dengan syllabus.
Hope he can manage to finish the syllabus within this sem. Saya tak risau sangat sebab according to seniors, every sem mesti habis punya syllabus. Siap paham pulak tu. Dahla agak susah. Mungkin Barakah kot… Wallahu ‘Alam..
No comments:
Post a Comment