Thursday, January 29, 2009

Saya, Mereka dan Palestin

Salam kepada pembaca…..
Barangkali sudah lama saya tidak coretkan pengalaman-pengalaman, cerita-cerita atau luahan rasa dalam bahasa melayu. Bukan apa,saja tukar mood. Harapnya anda semua bisa memahaminya. (nada-nada indonesia pulak)

Entry kali ini, saya cuba kongsikan pengalaman saya berkenalan dengan saudara seaqidah kita dari bumi Palestin tercinta.
Sebenarnya saya berkenalan dengannya sejak tahun pertama, semester pertama lagi. Cuma baru hendak kongsikan bersama anda..

Ditakdirkan Allah, bilik saya ketika itu di tingkat empat manakala bilik warga Palestin di tingkat tiga. Maka, setiap kali saya turun tangga, saya akan lalu dihadapan bilik mereka.

Sememangnya setiap kali turun tangga, saya pasti berselisih dengan mereka. Tetapi oleh kerana ketika itu saya pelajar baru/ freshie, saya takut nak tegur orang sesuka hati. Kami hanya saling berbalas senyuman..Maklumlah persekitaran baru..
Nak dijadikan cerita, suatu hari bila saya lintas depan bilik mereka, salah seorang dari mereka menegur saya.

“Assalamualaikum. I’m ‘Ali.”

“Waalaikummussalam. Nabil.”


So, bermulalah sesi sembang-sembang dengan mereka. Awalnya saya tidak tahu yang mereka ni dari Palestin. Ingat kot dari Negara-negara arab yang lain.Saya tak expect langsung mereka ni dari Palestin. Tapi, bila dah lama-lama sembang, saya tanya itu dan ini, akhirnya saya tau jugak yang mereka ni dari Palestin.

Bermula dari itulah saya semakin mengenali rakan-rakan Palestin yang lain. Dari seorang kepada dua. Dari dua kepada tiga dan seterusnya. Mereka yang perkenalkan saya kepada kawan-kawan mereka yang lain.

Apa yang saya perasan selama saya mengenali mereka, mereka ni lemah-lembut berbanding orang arab yang lain. Cara cakapnya sopan dan tak tinggi suara. Malah pandai merai tetamu.



Ketika Ramadhan yang lalu, setelah selesai tarawih di masjid, saya akan duduk dan sembang dengan rakan-rakan dari Palestin yang lain. Semakin ramai saya kenal kawan-kawan mereka. Yang menariknya, kebanyakan mereka bersungguh-sungguh mempelajari bahasa melayu. Sehinggakan ada antara mereka yang boleh bertutur dengan fasih. Siap dengan loghat lagi.

Ada ke patut, salah seorang dari mereka, Abdul Rahman kata dekat saya:

“Saya ni bahasa melayu ok!” Sambil thums up.

“Saya boleh slang Kelantan, Terengganu. Tapi Terengganu dekat Kuala lain sikit.”

Saya pun tak tahu slang orang kuala macam mana. Dia pulak tahu melebih.

“Tapi saya cuba belajar slang Kedah. Huh, susah! Sampai sekarang saya tak boleh.”

Mak aii.. Slang Kedah sikit punya senang compared dengan pantai timur punya slang.
So, saya pun ajar dia sikit-sikit.

“perkataan yang huruf di akhirnya ‘r’ anta tukar kepada ‘q’.” saya try ajar.
Saya bagi contoh: “Ular = Ulaq, Pagar = Pagaq.”

“Ohh… senang je macam tu”, sampuknya.
“Lapar = Lapaq, longgar = longgaq, segar =segaq, bla, bla, bla….” Dia pulak bagi contoh melebi-lebih..Hehehe…

Sebenarnya mereka ni agak fast learner. Allah bagi kelebihan pada mereka.
Alhamdulillah, sem lepas dan sem ini, bilik kawan-kawan Palestin masih berampiran dengan bilik saya. Seronok ziarah bilik mereka. Layanan 1st class. Mereka suka bercerita. Saya pulak suka mendengar. Dari cerita jenaka sampai cerita sedih..Semua ada..

Sahabat baikku, Habeeb menghadiahkan sehelai kain macam time orang dok demo pakai tu. Yang ada bendera Palestin. Ikat dekat kepala. Orang panggil apa ntah. Sebagai balasan, saya bagi kuih raya. Hehehe. Depa kata sedap. Alhamdulillah.
Lagi satu, mereka ni sifu bahasa Arab saya. Kalau saya jumpa mereka, mesti depa suruh saya cakap arab walaupun saya prefer English.. Terkotang-kating arab saya.
Terlalu banyak nak diceritakan mengenai pangalaman saya bersma mereka. Mungkin saya cuba coretkan sedikit demi sedikit.

Apa pun, kita semua bersaudara.. Sama ada saya, mereka atau Palestin, kami tetap bersatu.
~ Memerhati,bergaul,mengkaji serta membuat analisa dalam mencari erti kerenah manusia~
.::. Psycho walk .::.

4 comments:

ing said...

Bestnya anta ada kwn org palestin..
x ajak depa main ping pong ngan anta skali?
he3 =)

Budak said...

he3..
org kedah nie da kwn foriner..he3..
yg solehah da?..huh

ukur kira said...

To ing:ada jugak yg terror main ping pong.Tapi x ajak pulak main sekali..Hehehe.Segan la

ukur kira said...

To Budak:ana kenal yang laki je la..Mana tau pmpuan..Tapi x silap ana budak2 Palestin cakap ada 2 org je kot sis palestin dekat Uia.Klu ana x silap dengar la..