Bukan mudah untuk melakukan pengorbanan.Pengorbanan yang ikhlas.Hanya untuk mendapat redha Allah.
Dalam menyusuri denai-denai kehidupan ini,saya merasai pelbagai jenis pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat yang dididik jiwa mereka dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Hati saya tersentuh dengan pengorbanan-pengorbanan mereka.Benarlah, contoh teladan yang baik yang telah dibawa oleh baginda Rasulullah yang telah termaktub dalam sirah telah banyak memberi nur hidayah kepada kafir jahiliyah ketika itu.
Baru-baru ini, pada 28-29 Disember 08 Journalism Club telah menganjurkan Induction course. Sepanjang program berlangsung, banyak pengorbanan telah dilakukan.
Sekadar ingin berkongsi rasa, saya amat terharu dengan seorang sahabat yang saya kasihi dan sayangi kerana Allah yang telah banyak berkorban membantu dan memudahkan urusan saya.
Sahabat saya itu sanggup membantu saya mengambil seorang sahabat lama saya di Terminal Putra LRT. Selesai solat maghrib, terus dia bergegas. Walaupun pada sebelah petangnya,kami agak penat kerana ada futsal game.
Dia juga tidak banyak ragam apabila saya inform padanya yang saya tidak dapat hadir ke program Induction course tersebut pada 29hb kerana ada tetamu jauh menziarahi saya.Dia menguruskan perjumpaan biro seorang diri tanpa saya, walhal hanya kami berdua lelaki.
Dia juga terpaksa membentangkan agenda biro sepanjang sem di hadapan club advisor dan senior-senior lain tanpa saya padahal ad bahagian saya yang saya patut bentangkannya.
Semuanya dilakukan tanpa keluh…
Sebenarnya saya berasa sangat bersalah…permintaan saya tidak pernah ditolak olehnya,tetapi permintaanya acapkali saya tolak.
Sebenarnya banyak lagi pengorbanan yang beliau telah lakukan sepanjang perkenalan kami,namun cukuplah sekadar ini saya coretkan…
Dedikasi buat sahabat yang saya sayangi kerana Allah,Mohd Syahidan b Kamaruddin,semoga Allah memberkati,merahmati dan memudahkan urusanmu.
Uhibbuka Filah..
1 comment:
Dang, mu mmg bgs..ana respect sungguh kt anta..Wlpn pd awalny ana rasa segan nk kwn dgn bdk SMIK yg famous n mantap mcm anta..tp "keramahan" anta membuatkn kemaluan..eh silap..keseganan ana yg merugikan itu dpt juga d atasi..
Post a Comment