Saturday, March 21, 2009

Sekadar Perkongsian.....

Bismillah.. Salam kepada pembaca yang dirahmati Allah..
Kiranya sudah lama saya tidak menulis dalam bahasa ibunda saya. Agak kekok juga bila sering mencoret dalam Bahasa Inggeris. Untuk menghilangkan rasa kekok, Izinkan saya berkongsi dalam Bahasa Melayu untuk entry saya kali ini.

Baru-baru ini seorang teman sekelas ada message saya. Meminta pandangan dan pendapat saya berkaitan sesuatu perkara. Agak hairan juga saya, kerana saya bukanlah seorang counselor atau pakar psikologi walaupun pada dasarnya saya meminati hal-hal berkaitan ‘human behavior’. Agak panjang jika ingin di type dalam sms jadi saya syorkan beliau lewat sebentar di blog saya.Walaubagaimanapun saya cuba sekadar yang mampu untuk menjawab persoalan tersebut. Agaknya lebih sesuai saya katakan berkongsi pendapat dan idea kerana it is based on my personal perspectives. (Excused me to mix languages/bilingual. Difficult to think words n sentences in Malay.)



Soalan yang saya terima more or less lebih kurang macam ini;
1) “How u make ur dad proud?”
2) ”If there are something that u want, or u did which against what ur dad’s wanted, what u gonna do?How u take it n face it?”


Agak-agaknya soalan ini macam killer question dalam exam…

Perkongsian soalan 1

According to Mac Millan English Dictionary,for Advanced Learners (International Student Edition);Proud membawa maksud feeling happy about achievements, your possession, or people you are connected with.

Jadi, boleh saya katakan soalan satu ini jawapannya agak subjective. Bagaimana hendak membuatkan ayah kita bangga? Saya kira patutnya kita pecahkan kepada beberapa factors yang dapat membuatkan ayah kita bangga:

1) Bergantung kepada keadaan, masa etc.
Apabila kita refer kembali kepada definasi di atas, saya dapat simpulkan bahawa dalam konteks masa, masa belajar kita kadang-kadang akan menyebabkan ayah kita akan bangga dengan pencapaian kita terutamanya dalam bidang academic. Keadaan kita sebagai seorang student akan membanggakan ayah kita bila mana kita Berjaya meraih keputusan yang cemerlang.

2) Bergantung kepada latar belakang keluarga.
Bagi keluarga yang menitik beratkan didikan agama, menjadi anak yang soleh/ solehah mampu membanggakan ayah kita. Tidak cemerlang sangat dalam academic bukanlah menjadi sesuatu masalah, tetapi jika cemerlang, satu pakej. Bangga dan sjuknya mata serta hati ibu dan ayah bila mana anak yang ditimang dari kecil menjadi seorang Dai’e, berkerja di atas jalan Da’wah dan Tarbiyyah.



Saya yakin, setiap keluarga mempunyai latar belakang yang berbeza- beza. Ada sesetengah keluarga yang inginkan anaknya cemerlang dalam akademik semata- mata hanya kerana bila berjaya akan dipandang tinggi oleh jiran- jiran, saudara, sahabat- handai dan lain- lain. Atau juga untuk mewariskan syarikat. Jadi si Ayah akan bangga jika anaknya dapat scored dalam pelajaran.

Jadi, jawapan saya, anda lebih memahami kehendak serta latar belakang keluarga anda. Anda sendiri yang mampu membuat penilaian tentang apa sebenarnya yang AYAH ANDA INGIN BANGGAKAN DARI DIRI ANDA??

Perkongsian soalan 2

Setiap ayah inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Kita juga inginkan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi kadang- kadang kita sering membelakangkan pendapat ayah kita bila mana kita berhadapan dengan keputusan yang melibatkan diri kita. Kita lebih selesa dan percaya dengan dorongan hati kita, hinggakan kadang- kadang melukakan hati ayah kita (Although it’s hard for a daddy to show their frustrated in front of their children). Bukankah Allah telah berfirman :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu. Jika salah sorang di antara keduanya atau kedua- duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali- kali engkau mengatakan “uh” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.” (Al-Israa':23)

Kenapa tidak anda duduk berbincang dengan ayah anda mengenai keputusan anda? Mungkin apa yang ayah anda mahu hanya berdasarkan ilmunya atau kehendaknya semata- mata. Contohnya, ayah anda seorang nelayan. Untuk menyara kehidupan agak memeritkan. Then, untuk atasi semua itu, dia pilihkan jodoh untuk anda dengan seorang yang kaya-raya. Anda pula sedang belajar dan masih awal untuk berkahwin, serta lelaki tersebut bukanlah pilihan anda. Maka pertembungan pendapat akan berlaku antara anda dan ayah anda. Maka ketika inilah anda perlu gunakan hikmah anda dalam menjustify kan pendirian anda dalam hal ini kepada ayah anda.

Pendapat saya, jangan kita sekali- kali membelakangkan pendapat/ hajat ayah kita. Jangan hanya kerana kita ingin pertahankan pilihan kita sehingga tidak mahu mendengar atau terima hajat ayah, walhal dialah yang membesarkan kita dari kecil sampai sekarang. Dialah yang menyekolahkan kita. Dia juga yang beri duit pada kita (hingga sekarang). Tiba-tiba hajatnya anda tolak mentah-mentah.



Gunakan hikmah anda untuk duduk berbincang serta menjelaskan keadaan sebenar anda kepada ayah anda. Yakinkan padanya bahawa anda sangat menghargai hajatnya, namun anda rasa ada benda lain yang lebih baik untuk diri anda. Mungkin sahaja ayah anda tidak mengetahui selama ini tentang cadangan/ hajat anda. So, ceritakan padanya. Jeaskan sejelas- jelasnya dengan penuh Hikmah.

Sekadar itu yang dapat saya kongsikan. Mana yang baik dari Allah dan yang kurang itu dari diri saya.
Saya harap saya menjawab persoalan anda…Wallahu’alam..

2 comments:

私のブログ (My Blog) said...

Askum.wr.wb
Hello..
My name is Indra
Nice to meet u
By :
http://palembang-musi.blogspot.com/

Nabil MJ said...

to Indra:w/salam.nice meetin' u too.Thanks for visiting my blog.