Ummiku sayangku,
Pertama sekali Bang Chik ingin memohon maaf jika ada tersalah dan terkasar kata atau mengguris hati ummi. Bang Chik juga memohon maaf jika sudah lama Bang Chik tidak pulang menjenguk ummi di rumah. Bukan tidak rindu. Rindu yang Bang Chik pikul ini sungguh berat dan kadang-kadang ingin menitiskan air mata. Allah sahaja yang tahu.
Ummiku buah hatiku,
Anakndamu ini bukan sengaja tidak pulang untuk bersua denganmu. Ketahuilah ummi bahawa Bang Chik keluar untuk menuntut ilmu di jalan Allah. Bukankah Nabi kita yang tercinta ada bersabda
“Barangsiapa yang keluar menuntut ilmu di jalan Allah,maka dia berada atas jalan Allah(fisabilillah) sehingga dia pulang” (Aw kama qal.)
Bang Chik tahu, ummi seorang yang tabah. Ummi telah didik Bang Chik dengn asuhan Islam sejak kecil. Ummi yang mencorakkan Bang Chik dengan corakan Al Quran dan As Sunnah.
Ummilah tempat Bang Chik berkongsi keperitan dan keletihan dalam kerja-kerja Da’wah dan Tarbiyyah setelah Bang Chik mengadu pada Allah. Kata-kata ummi masih terngiang-ngiang di telinga Bang Chik. Ummilah yang meniupkan semangat jihad dalam jiwa Bang Chik sejak Bang Chik kecil.
Ummiku pembakar semangatku,
Bang Chik terkenang kisah Muhammad Idris As-Syafi’e. Bagaimana bonda tercintanya melepaskannya keluar untuk menuntut ilmu di jalan Allah. Mungkin juga kisah kita ada persamaannya….
Ummiku, andaikata ummi rindu pada Bang Chik, sama-samalah kita pohonkan doa kepada Allah agar rindu kita di temukan di akhirat kelak. Walaupun kita tidak bersua buat seketika, namun doa-doa kita disatukan dengan rabitah hati..
Ummiku sayang,
Bang Chik bersyukur kerana dikurniakan sorang ummi yang memahami erti jihad dan turut meniupkan roh jihad kepada anak-anaknya. Terkenang kembali usrah keluarga yang kita adakan tatkala anak-anakmu pulang dari menuntut ilmu.
Bang Chik teringat satu kata-kata seorang ulama’:
“Jihad ini akan menuntut pelbagai perkara dari kita. Bermula dengan masa, tenaga, kemudian harta dan seterusnya nyawa kita.”
Ummi, doakan anakmu ni syahid dalam memperjuangkan Deen Allah ini. Doakan juga agar Bang Chik mampu menjadi seorang Dai’e dan Murobbi dalam membimbing masyarakat kearah cahaya Allah.
Abahku pendorongku,
Abah, Bang Chik juga memohan kemaafan jika kita sudah sekian lama tidak bertemu. Seperti juanya dengan ummi,rinduku pada abah tidak pernah kurang.
Abah, Bang Chik bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan Abah yang memahami erti perjuangan, Da’wah dan Tarbiyyah.
Abah telah banyak berkorban dalam memudahkan urusan Bang Chik dalam berjihad ini. Abah lah yang banyak mengajar Bang Chik ketika mana Bang Chik kabur dan ragu-ragu dalam menuntut ilmu.
Abahku seperjuanganku,
Jika Bang Chik nak hitung nasihat yang abah beri, rasanya tak cukup bila ingin di coretkan di atas kertas putih. Terlalu banyak…
Bang Chik kagum dengan cara abah mendidik kami adik-beradik. Abah ada cara tersendiri. Alhamdulillah, Bang Chik besyukur kerana diberi pendedahan tentang kemanisan Iman dan Islam sejak kecil.
Abah, Bang Chik selalu teringat kata-kata abah:
“Jika kita berasa seronok sekali bersama di dunia ini,kita juga ingin berasa seronok bersama ketika di akhirat nanti. Jadi sama-sama kita tingkatkan amal soleh kita dalam mencari redho Allah dan Insya Allah kita akan dipertemukan dalam Janah Allah kelak.”
Abah, mari kita sama-sama berdoa dan berusaha agar Allah menetapkan hati kita diatas jalan ini dan mematikan kita dengan keredhoannya...Mati sebagai seorang syuhada’.
P/s: Sekadar luahan rasa.. Hati ini hiba pabila melihat kawan-kawan yang pulang bertemu dengan keluarga masing-masing ketika cuti maulidur rasul ini. Hinggakan ada yang kata aku tidak sayangkan keluarga kerana jarang sekali aku pulang ke rumah. Hati ini lantas menggerakkan jari-jari ini untuk mekuahkan sesuatu sebagai coretan rasa. Aku bisa punyai keluarga.. Aku juga punyai perasaan rindu..Tapi jiwaku lebih rindu kepada bertemu dengan Allah. Keluargaku unik. Unik kerana kami Usrahtu Da’wah..Cita-cita kami lagi besar jika dibandingkan dengan rindu di dunia ini..
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui…
4 comments:
salam
Rindu bangat pada ummi,abah dan yang lain...
insyaALLAH klu d panjangkan umur,kita kan bertemu mereka..
Walau berjauhan,tapi tetap dekat dlm ikatan dan ingatan....
hmm...betul tu..rindu sngat.Klu x dpt jmpa di sini,di akhirat nnti..
ye betul..kita sedang berjuang...berjuang di jalan Allah..moga Allah merahmati kita semua.sy pun dh 2 thn x balik.jauh di perantauan,bile teringt kg,memang menitis air mate...tp selalu ingat,kite ade Allah,kite selalu dgn Dia,kite mesti kuat!
Insya Allah.Allah bersama-sama kita.
Post a Comment