Putera-puteri MATRI,
Dalam usiamu yang masih REMAJA,
Jadilah anak yang soleh buat kedua ibu bapamu,
Kelak,andai sudah DEWASA,
Jadilah insan yang meringankan beban mereka.
Andai telah bergelar ibu bapa pula,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar,
Menjadi pendokong DEENULLAH..
Putera-puteri yang dipayungi Rahmatullah,
andai engkau belum berkahwin,
Janganlah pula engkau risaukan jodohmu.
Ingatlah putera-puteriku,
Jangan mulakan sebuah pertemuan dengan mereka yang bukan mahram.
Kerana dikhuatiri,
DARI MATA JATUH KE HATI
Maka lahirnya SENYUMAN,
Maka tercetusnya SALAM,
Dan sekaligus dengan PERTEMUAN,
Takut-takut lahir pulalah nafsu kejahatan yang menguasai diri..
Oleh itu putera-puteri,
Jagalah pandanganmu,
Peliharalah akhlaqmu,
Kuatkanlah pendirianmu,
Demi mendamba CINTA HAKIKI,
Bukan meraih KASIH INSANI,
Cukuplah hanya CINTA ALLAH memenuhi dan
menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya CINTA ibu bapamu,
Yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu.
Cukuplah sekadar CINTA adik beradik dan kekeluargaan,
Yang membahagaiakan dirimu...
Putera-puteri,
Ketahuilah,
Harapan membangunkan ummah terletak di bahumu,
Jangan biarkan dirimu ditipu SYAITAN durjana,
Jangan biarkan dirimu terpedaya oleh GELORA NAFSU,
Sungguh apa yang ada di sisi ALLAH itu adalah lebih baik.
Seandainya kalian mengetahui,
Bersama-samalah kita terus berusaha mendidik diri dan hati,
Agar SERASI dan SECOCOK dengan
ISLAM DEENULHAQ.
Putera-puteri harapan MATRI,
Bumi MATRI hanyalah tapak semaian,
Untuk kita didik dan islahkan diri,
Jangan biar tergolong dikalangan mereka yang rugi,
Buka dan serahkanlah sepenuh hatimu,
Demi mengutip mutiara-mutiara tersurat dan tersirat..
Putera-puteri harapan ISLAM,
CINTAILAH ALLAH dikala SUSAH dan SENANG,
Kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang mencintai-NYA juga,
CiNTAILAH KEDUA IBU BAPAMU,
Kerana kau akan mendapat KEREDHAAN ALLAH.
Putera-puteri,
Pastikanlah,
Imanmu tidak goyah,
Sekalipun menentang arus jahiliyyah,
Walaupun begitu sukar dan payah,
Biarlah hatimu sentiasa tawakkal dan pasrah..
.::. Makalah Bingkisan Akhir buat Teman .::.
~Tamrin akhir tingkatan 5, 2005 ~
Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah
(MATRI)
5 comments:
Assalamualaikum..
patut macam kenai je..
rasa macam pernah baca je sajak ni..
Alhamdulillah..
moga isi2nya terus mekar dihati semua.
@Anonymous:
w/salam.
Insya Allah.Harapnya begitulah.
*Although u identified ur self as an anonymous,I guessed we're in the same batch in MATRI as u said u pernah baca sajak ini.~Well,not really 'pure' anonymous i think. =)
tls je la nama sendiri...
anonymous2 plak..
d bhgn choose identity tu,
kamu pilih Name/URL...
tls nama n URL tu optional..
nk tls URL x pa, x mau tls pun x pa..
*Apapun, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..Moga Allah ampuni sgala dosa kita smua =)
@ing:
Hehehe.bertenang.
I don't mind if readers feel uncomfortable to identify themselves.However,it is best if I could know who is commenting my post.Anyhow,it's not a big deal at all.
It's ok to put anonymous,but I bet mostly anonymous readers are female.Maybe?If that's the case,then I preferred that way, i.e.no need to identify yourself.
Selamat berpuasa.Kullu 'Amm,wa entum bi khair.
terima kasih krn tenangkn ana..
hehe =)
*bgs nta, sangka baik..mgkin anonymous tu female =)
Post a Comment