‘Student QS 4th year, Noorazrim bin Ismail meninggal dunia ptg tadi (selasa). Accident motosikal dengan lori. Jenazah masih di HKL jabatan forensic. Post mortem pagi esok, 8 a.m (Rabu). Kebumi di Klang Gate, Melawati, time tengah hari (to be confirmed). Rumah kakak dia 147 Jalan F7 Taman Melawati. Contact abang ipar dia 012-xxxxxxx, Saleh.’ “Innalillahi wa inna ilaihi roji’un”. Tersentak hati saya apabila membaca message yang diterima pada jam 8.27a.m, 11/02/09. Kawan sekelas saya, Luqman yang hantarkan message tersebut.
Saya terus fowardkan message tersebut kepada kawan saya yang lain. Kebetulan saya datang ke kelas pagi itu bersama seorang rakan sekelas, juga merangkap romate saya, Izzat Rosli. Saya tunjukkan padanya message yang saya dapat.
Selang beberapa ketika ada message masuk ke dalam hand phone saya. “Today’s class cancel.Pls inform others”. Lebih kurang begitu maksudnya message yang saya terima dari seorang kawan.
Subhanallah… kelas cancel rupanya. Kami berdua yang lambat terima message. Patutlah dari tadi menunggu, hanya saya dan kawan saya, Izzat sahaja di hadapan kelas. Time tu dah lebih kurang pukul 9.20a.m. Izzat ajak saya pergi ke masjid untuk iktikaf sementara menunggu kelas seterusnya jam 11.00a.m. Saya pun setuju dan kami berjalan ke masjid bersama-sama.
Setibanya di masjid, saya ambil keputusan untuk menelaah buku akademik sementara Izzat ingin rehat sambil berbaring sebentar kerana agak penat. Maklumlah bangun awal dan terpaksa berkumpul di tangga besar IIUM kerana memang rutin anggota SUKSIS pada hari Rabu.
Tengah menelaah, message masuk lagi.. “Siapa nak pergi ziarah jenazah kumpul dekat café Mahallah Zubair jam 10.00a.m. Kalau ada kenderaan sendiri lagi bagus.” Teman saya, Luqman yang hantar rupanya. Saya terus reply padanya. “Anta pergi tak? Kelas macam mana? Nak skipped ke? Ana memang hajat nak pergi..”
Selang beberapa ketika, Luqman reply. “Ana tak dapat pergi. Kaki cedera. Luka dan masih berdarah.”
Subhanallah.. Luqman tengah sakit rupanya.. Semoga Allah mengampuni dosa- dosanya. Saya pun meneruskan pembacaan saya. Tapi dalam hati tidak tenang sebab memang hajat nak pergi ziarah. Lagi pun memang kita digalakkan oleh Baginda S.A.W untuk menziarahi jenazah kerana di situ terdapat 1001 pengajaran serta dapat muhasabah diri.
Sedih ada… Kecewa pun ada.. Tetapi Allah Maha Mengetahui isi hati hamba- hambanya.. Tiba- tiba message sekali lagi masuk ke dalam hand phone saya. “Kelas pukul 11.00a.m ni batal. Pls inform others.Tq.” Alhamdulillah.. Allah mengetahui hajat saya. Terus saya kejutkan Izzat.
“Izzat, jom balik bilik. Kita siap- siap untuk pergi ziarah jenazah nak?” Izzat yang masih terpinga- pinga/ mamai sebab baru bangun terus soal, “Aik, kelas macam mana?”
"Alhamdulillah. Kelas batal. Jom!"
Setibanya di bilik, jam sudah menunjukkan hampir jam 11.00a.m.
”Aduh, macam mana kita nak pergi ek?. Kita dah lewat. Mereka yang berkumpul di café tadi semua dah pergi.” Saya mengeluh. Tambahan pula saya dan Izzat kurang arif alamat yang diberikan jika ingin pergi bersendirian.
Dalam duka dan kecewa tiba- tiba ada panggilan dari seorang teman, Shafuan yang juga merangkap classmate saya. Terus punat jawab ditekan. “Assalamualaikum. Nabil, anta ada dekat mana ni?” Soalnya. “Ana dekat bilik ni.. Baru je sampai bilik dari kelas yang cancel.”
“Oh, ana hajat nak pergi ziarah jenazah ni. Anta free? Nak ikut tak? Anta tolong cari seorang lagi. Sekarang baru ana dan Azhari. Kita pergi naik kereta.” Pelawa Shafuan.
Pucuk di cita, ulam di rasa. “Ok Insya Allah ana nak pi. Ana dan Izzat.” Balas saya dengan penuh kesyukuran di hati.
Setibanya di rumah jenazah, memang sudah ramai orang yang datang. Senior- senior saya semua ada. Rakan- rakan batch saya juga bersama tidak kira lelaki atau perempuan. Agak crowded.
Kemudian menyusul lecturer- lecturer saya, Sir Azrin, Bro Saiful, Bro Syakirin, Dr. Abu (Building Tech Dept.), Bro Handzalah, Ir. Zaifuddin (Building Tech Dept.), dan seorang lecturer dari department Applied Art and Design, Bro fakhul. Turut hadir dekan Kulliyyah Architecture and Environmental Design, Prof Dr. Mansor Ibrahim.
Jenazah selamat disolatkan dan dikebumikan setelah selesai solat Zohor di sebuah masjid berhampiran.
Saya sebenarnya tidak mengenali arwah. Tetapi apa yang saya dengar dari senior, dia merupakan pelajar dan kawan yang baik. Patutlah ramai yang hadir. Semua batch QS hadir tidak kira lelaki atau perempuan walaupun ada yang tidak mengenali arwah. Orang yang baik dan soleh memang akan dikenang orang.
Arwah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. Semoga Allah mencucuri Rahmat Nya kepada Al Marhum Noorazrim bin Ismail.
P/s: Apabila niat kita baik, Allah akan memudahkan urusan kita. Semoga mereka yang hadir pada hari kejadian dapat mengambil pengajaran dan meningkatkan amalan dalam menghadapi kematian yang entah bila kita tidak tahu. Sesungguhnya ia datang secara tiba- tiba.. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment