Thursday, February 19, 2009
Warkah buat Barisan Pengawas MATRI 2009
Assalamaualaikum wbt
Apa khabar adik-adik semua? Semoga antum sentiasa diredhai Allah. Ana di sini Alhamdulillah dan dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan waqie` di Jordan yang ternyata berbeza dengan di Malaysia dan di bumi wakafan MATRI.
Dalam kesempatan ini, ana hajat untuk kongsilah sedikit sebanyak pengalaman yang ana peroleh sepanjang menjadi pengawas selama hampir 5 tahun bermula tingkatan 3 hinggalah khassah 2.
Satu hakikat yang perlu kita ketahui dan amati bahawasanya, terbinanya MATRI bukanlah seperti sekolah lain. Ia merupakan institusi yang ingin melahirkan Pelajar yang SOLEH dan MUSLEH. Institusi yang melahirkan DAIE`. Melahirkan pelajar yang iltizam dan intizom dengan ajaran DEEN ALLAH swt.
Satu masa waktu ana form 5, kita (BPM) giatkan kempen jimat elektrik dan sbgnya kerana kewangan MATRI agak tidak stabil. Respon Cikgu Rosdi dalam halaqat kami , bahawa MATRI dan sahabat2 tidak risau jika duit kekurangan dan sbgnya.Kerana duit boleh dicari. Tapi MATRI dan sahbat2 risau andaikata MATRI tidak mampu melahirkan DAIE` dan PEWARIS KERJA2 DNT.Itulah yang merisaukan. Bukankah itu matlamat dan tujuan MATRI dibina.Andaikata ada peluang, kajilah dan singkapkan sejarah penubuhan MATRI.
Apabila kita lihat dan kita amati ungkapan 'Guru-guru lama' seperti Cikgu Rosdi , jelaslah bahawa MATRI bukanlah seperti sekolah biasa, bukanlah seperti institusi biasa tetapi ia mempunyai matlamat yang amat besar untuk melahirkan manusia yang luar biasa. Untuk melahirkan hasil yang luar biasa, sewajibnya ia melalui proses yang luar biasa dan Proses itu mestilah dikawal dan dijaga oleh KEPIMPINAN YANG LUAR BIASA.
Anda semua adalah barisan kepimpinan MATRI. Anda bukanlah semata-mata pengawas yang menegakkan peraturan MATRI tetapi anda adalah DAIE` dan DAIE`YAH di MATRI. Anda sebagai AYAH dan UMI yang mencurahkan KASIH SAYANG pada adik-adik. Anda adalah MUROBBI yang mendidik pelajar yang lain. Anda adalah USTAZ dan USTAZAH dalam MENINGKATKAN HDA pelajar-pelajar . Anda adalah PEMIMPIN yang mengawal BIAH di MATRI. Anda adalah ABANG dan KAKAK kepada adik-adik untuk MENDENGAR PERMASALAHAN mereka. Anda adalah QUDWAH dan CONTOH kepada pelajar-pelajar yang lain.
Inilah di antara ciri-ciri Pemimpin di MATRI. Akhlak mereka di kagumi dan tingkah lakunya sentiasa diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain. Senyumannya dan kata-katanya sering mencuit hati adik-adik.
Andaikata terdapat pelajar masalah, kita tidak mencemuh mereka,kita tidak memarahi mereka dengan sewang-wenangnya dan kita tidak cop mereka bahawa mereka adalah budak jahat. Malah, Kita lihat mereka adalah Madu` kita yang kita akan didik. Kita cuba dekati mereka, mendengar permasalahan mereka, cuba memahami mereka dan cuba menyelesaikan masalah selagi kita mampu. Jika keadaan kritikal dan tidak mampu bantu mereka maka, bawalah ia pada pihak guru-guru untuk menyelesaikan. Ingatlah perjalanan kita masih jauh.Berdasarkan pengalaman ana di MATRI, ‘ dia ’ adalah pelajar yang bermasalah. Tetapi di IPT, dia adalah penggerak sahabat-sahabat . Hidayah milik Allah. Allah berhak untuk memberi kepada sesiapa yang dihendaki . Justeru, berbaik sangkalah dan berdoalah agar pelajar masalah itu diberi petunjuk oleh Allah.
Adik-adik sekalian,
Teringat ana pada perjumpaan BPM 06 dengan Al-fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain, dia menegaskan bahawa apa yang MATRI dan barisan Pengawas jalankan adalah Menegakkan yang Syara` dan Meninggalkan Tidak Syara`. Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Yang Baik Itu Apa Yang Dikatakan Baik oleh Syara` dan Yang Tidak Baik Itu Adalah Apa Yang Dikatakan Tidak Baik Oleh Syara`.
Inilah satu saranan yang perlu wujud dalam biah MATRI. Bukanlah kita menegakkan peraturan di MATRI seperti tugas pengawas sekolah lain semata-mata, malah apa yang kita harus tekankan pada pelajar bahawa peraturan itu sendiri adalah dalam lingkungan syara`.
Selain itu, jagalah Iman dan Akhlak anda.Binalah Tamayyuz di antara barisan pengawas dan pelajar-pelajar yang lain. Kekadang kita marah pelajar yang tidak ikut peraturan MATRI dan sebagainya. Sedangkan ketaatan akan terlahir apabila ada siqah (kerpercayaan). Tidak ada Dakwah tanpa kepimpinan. Tidak ada kepimpinan tanpa ketaatan . Tidak ada ketaatan tanpa siqah. Kadar kesiqahan Pemimpin dan pelajar yang lain menentukan tahap kekuatan nidzam dan pelaksanaan perancangan dan faktor kejayaan dalam memimpin.
Pernahkah kita dengar kata-kata seorang ulama yang menyebut andaikata pemimpin menyibukkan dengan perkara makruh, maka rakyatnya akan menyibukkan diri dengan perkara haram . Andaikata pemimpin menyibukkan diri dengan perkara wajib maka rakyatnya akan menyibukkan diri dengan perkara makruh. Andaikata pemimpin menyibukkan diri dengan perkara sunat maka rakyatnya akan menyibukkan diri dengan perkara wajib. Justeru , tingkatkanlah HDA dikalangan pemimpin MATRI.
Rancanglah program dalaman BPM dari aspek peningkatan rohani, penyeragaman fikrah , peningkatan syuur , penyelarasan gerak kerja dan peningkatan ukhuwah. 5 perkara ini merupakan elemen-elemen utama dalam mewujudkan barisan kepimpinan MATRI yang berkualiti.
Ingatlah adik-adik sekalian,
kita bukanlah pemula langkah tetapi kita adalah penyambung rantai-rantai . Kita adalah penerus jalan Dakwah dan Tarbiyah ini. Minimakan kesilapan yang pernah generasi terdahulu lakukan dan tingkatkanlah kekuatan anda semua. Warnailah Biah MATRI dengan Biah Solehah agar terlahirnya generasi mendatang generasi beriman. Abang mana yang tidak mahu lihat kejayaan adiknya lebih baik darinya. Insyallah , ana sentiasa doakan kejayaan adik-adik semua di Bumi Wakafan MATRI. Kirim salamlah pada semua guru dan pelajar di MATRI.
Andaikata terdapat salah dan silap serta kekurangan ana mohon ribuan kemaafan. Doakanlah ana dan sahabat2 di sini agar terus istiqamah dan kuatkan jihad kami menuntut ilmu di Bumi Syams Urdun.
Selamat Berjuang Adik-adik sekalian.
‘ Tarbiyah Fi Aidikum, Fi Aidikum Faqad ’
Yang memerlukan doa kalian,
( Muhammad Sahel Bin Nordin`09)
credit to sahel for allowing me to paste his entry to my blog.For further info please visit sahel's blog at http://akhi-rakhaiz.blogspot.com/
P/s:Actually this entry make me regret because I was one of MATRI's prefect during my life there. And yet, I didn't left much things to my juniors.In other words, I didn't do my job accordingly as a MATRI's prefect should.
Anyway,to all MATRI's students either prefect or not,we all should realized that our school is different from other school. Our aim is to produce as many quality Dai'e and Murobbi to guide people to reach the light of Allah.
Be strong and consistent with your Halaqah regardless where you are,because Halaqah will shape you and recharge your iman.
To akhi Sahel Nordin,thanks for your post.Looking foward to meet you.Uhibbuka Fillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment