Wednesday, February 4, 2009

Usah perlekeh Bangsa Melayu

Salam Rahmat kepada para pembaca.

Apa yang terlintas di minda atau kepala anda jika perkataan Bangsa Melayu disebut? Barangkali hanya perkara-perkara negatif. Pemalas, lembap, keras kepala dan lain-lain. Mungkin tabiat- tabiat tersebut sudah sinonim dengan Bangsa Melayu.

Saya tidak nafikannya. Tetapi saya rasa, masih ada nilai- nilai positif yang terkandung dalam jiwa anak melayu. Tetapi nilai- nilai tersebut tidak terpancar kerana kita asyik dimomokkan dengan sikap negatif semata- mata. Bangsa Melayu bila mendapat asuhan Islam, mereka menjadi lebih hebat. Ini terbukti dengan sifat Melayu sendiri yang lemah- lembut, sopan- santun, berbudi- bahasa dan lain- lain.

Saya bukanlah seorang yang ‘racist’. Apa yang cuba saya kongsikan di sini hanya dari pendapat peribadi saya berdasarkan kepada pemerhatian saya.

Secara sedar atau tidak, bangsa Melayu ini sudah terdidik dangan nilai- nilai yang baik sejak dari kecil lagi. Walaupun bukan dari keluarga yang menekankan aspek kerohanian dalam keluarga, tetapi nilai- nilai baik masih diberi penekanan.
Kesannya, kebanyakkan mereka tetap mengamalkannya walaupun sudah dewasa. Berbanding dengan bangsa- bangsa lain.

Saya suka member contoh berdasarkan pemerhatian saya selama saya berada di IIUM ini. Di sini terdapat pelbagai bangsa, dan saya kadang kala cuba bandingkan dengan Bangsa Melayu. Semuanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

Kita diajar dari kecil supaya bersalaman sesudah selesai solah berjemaah sama ada di rumah, surau atau masjid. Hinggakan sesetengah masjid akan membuat satu bulatan setelah selesai solah dan akan bersalaman seorang demi seorang. Paling kurang pun kita akan bersalaman dengan orang di kiri dan kana kita. Anda setuju? Tapi, itu hanya diamalkan oleh majoriti anak- anak melayu kita di IIUM ini khususnya. Bangsa lain, lepas solah, bangun dan keluar. Tengok muka orang sebelah pun kadang- kadang tidak.

Contoh lain, kita diajar agar bila berjalan dihadapan orang, terutamanya di hadapan mereka yang lebih tua agar menundukkan sedikit badan tanda hormat. Bila mereka dihormati, kita di sayangi. Begitu halnya, majoritinya hanya anak- anak melayu kita yang amalkan. Bangsa lain, berjalan seumpama angkuh. Entah mengapa saya tak pasti.

Yang paling saya tak tahan (kadang- kadang), time kita solah sunat ba’diah atau solah apa pun mereka (bangsa lain) kadang- kadang tu duduk di hadapan kita sambil berborak- borak. Siap buat halaqah lagi. Kalau orang tua- tua kita Nampak, memang pantang bagi mereka dan ibarat mencari nahas. Ye lah, ganggu kosentrasi kita.

Kadang –kadang tu jalan raya ni macam jalan mereka. Berborak di tengah jalan. Lebih teruk, (saya pernah alami) mereka ni memandu, kemudian berhenti di tengah jalan, membiarkan kereta di situ dan pergi berborak dengan kawan- kawan mereka di tengah jalan. Saya ketika itu dalam kereta bersama seorang rakan terpaksa tunggu. Nak “horn”, tapi tak kan mereka tak paham cara penggunaan jalan raya. Sehingga kadan- kadang menyebabkan traffic jam. Mereka bukan tak tahu ada kereta lain nak lalu, tetapi macam buat- buat tak tahu.

Itu baru sedikit. Saya malas nak berikan contoh- contoh lain. Tambah- tambah lagi berkaitan disiplin. Dengan penggunaan tandasnya, hanya mereka yang pernah hidup dalam lingkungan mereka sahja tahu macam mana. Masya Allah.

Terjerit- jerit sudah biasa bagi mereka. Macam di Pasar. Volume tak boleh nak control. Padahal bersembang dengan orang di hadapan mereka sahaja. Jaraknya tak sampai pun 3 kaki. Sehinggakan mereka yang berada 3 meter dari tempat kejadian mampu mendengarnya. Bangsa kita? Kita diajar supaya cakap dengan penuh sopan- santun dan lain-lain. Memang berbeza..

Saya bukan mahu mengumpat, tetapi ini hakikat yang perlu kita sedar. Sebagai pengajaran bagi kita untuk tidak mengulanginya lagi.
Barangkali anda tidak setuju dengan pendapat saya, itu hak anda. Buatlah keputusan dan kesimpulan anda sendiri.

Yang penting, Bangsa Melayu bangsa yang hebat! Kehebatannya lagi terserlah pabila terkena sinaran hidayah dan percikan Tarbiyah Islamiyah. Jangan asyik meng’negatif’kan bangsa Melayu kerana kita masih kaya dengan nilai- nilai yang baik. Usah Perlekeh bangsa Melayu!!

2 comments:

deli said...

oit,ntah lah, ye ke mcm tu???????

ukur kira said...

I think so...Just my observation.But in some cases,they are better compared to us,Malays.Anyway, I shouldn't create this entry cause it seems like too racist. Just ignored the past.