Thursday, February 12, 2009

Kolokium HALUANSiswa Nasional 1

Hujung minggu yang lalu, yakni pada 7 – 8 Feb 2009, beberapa orang wakil IPT seluruh Malaysia (mewakili zon masing-masing: Zon utara, tengah, selatan dan pantai timur) telah hadir dan berbincang mengenai HALUAN Siswa yang bakal menjadi platform untuk para siswa dan siswi bergerak.


Suasana dalam dewan ketika perbincangan

Zon Utara diwakili oleh mereka di UiTM Arau, UiTM Seri Iskandar dan Politeknik Perlis. Wakil dari USM tidak dapat hadir. Zon tengah diwakili oleh sahabat-sahabat dari IIUM, UTM Jalan Semarak, UniKL MIAT, Pusat Asasi IIUM, UPM, UiTM Shah Alam, dan UM. Wakil dari USIM tidak dapat hadir. Bagi zon selatan, UTM Skudai, UniKL Melaka. Wakil dari KUiTHO tiada. Akhir sekali dari zon pantai timur, KTD, IIUM Kuantan dan UMP.


Bergambar sesudah program

Wakil- wakil ini akan pulang ke IPT masing- masing dan akan menjalanka HALUAN Siswa di lokaliti mereka, berdasarkan penyelarasan yang telah dibuat.
Program ini membincangkan struktur organisasi, visi dan misi Halauan Siswa serta beberapa perkara yang lain.


Gambar ni syahidan yang ambil

Tempat program ini diadakan di Taman Harmonis, Gombak @ Dr. Azimuth Herbal Camp. Sesungguhnya program selama dua hari ini telah meningkatkan “HAMASAH”dalam berkerja.
Saya diamanahkan menjaga dan bertugas di bahagian registration. Namun, saya dan di bahagian catering telah bersepakat untuk berkerjasama.


Syahidan,Hafiz dan Abbas di luar dewan

Terasa ada kekuatan apabila bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah sekian lama tidak bersua. Rindu yang berputik hilang bila bertemu mereka terutamanya sahabat- sahabat batch saya, Hafiz, Zakiran, Umar, Abu, dan Abbas. Tidak kurangnya dengan sahabt- sahabat lain. Kenangan di lubuk tarbiyyah, berbunga kembali.


Safwan kata dia tengah sejuk dok dekat New Castle. Tapi time ni tgh hari dkt Malaysia je..

Harapnya, usaha kita membawa Islam ini dikira Allah sebagai amal untuk kebaikan hari akhirat kelak. Semoga HALUANSiswa dapat menjadi platform yang terbaik dalam membuat amal islami. Wallahu’alam.
Allahu Akbar!!!!

2 comments:

MuNsYi^SaMa said...

gamba pan tu real la...mmg new castle..hehe

ukur kira said...

Hehe..Tengok la sapa juruphotonya...Ana..