Sunday, January 2, 2011

Barakallahulakuma wa jama'a baina kuma fi khair

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah praise be to Allah,for HIS mercy I've been able and been given the opportunity to keep on writing on this blog.

As I've promised in my last post that I'll be 'revealing' what I've done during the new year celebration few days ago.

Err..Pleas excuse me for using/writing in Malay for this post.Insya Allah no more Malay next time.(Not because I'm acting as 'poyo' for not using malay and keep on writing in English,but I want to improve my English writing skills)

31 Disember 2010

Malam itu selepas solat Isya',seperti yang dirancang sebelum ini bersama-sama sahabat seMATRI dahulu,saya bertolak ke Temerloh pahang bersama sahabat baik saya,Ali Noor Hanis.Ali datang menjemput saya di UIA sebelum kami bergerak ke ke Pahang melalui Lebuhraya Karak.

Rindu untuk bertemu dengan sahabat baik saya ini terubat pabila bersalaman dan berpelukan seketika dengannya.Sepanjang perjalanan,kami berbual pelbagai perkara.Sekarang Ali sedang membuat 'posting' di Hospital Ampang di bahagian O&G.Juga kadang-kadang dia akan berulang-alik ke Hospital Temerloh.Maka sepanjang perjalanan Ali sibuk bercerita pengalamannya posting.Saya yang juga minat bab-bab perubatan tak lekang mulut bertanya pelbagai soalan.

Kagum dengan kelebihan yang Allah beri pada sahabat baik saya ni.Bewatak tenang,bijak juga seorang yang soleh.Memang sesuai menjadi seorang Doktor.

Ali: Hari tu ana kena marah dengan doktor pakar.Padahal bukan salah ana.Tapi ana amik kritikan doktor tu sebagai pembakar semangat ana.(ayat lebih kurang)

Saya: Anta kena marah pasal apa?

Ali: Waktu ana posting O&G hari tu,sorang perempuan ni nak bersalin.Pastu kebetulan nurse tak ada disitu.Doktor lain pun tak ada.Then bila nurse mai,ana tanya la mana doktor.Nurse kata pi la cari doktor.Ana ni pun berlari-lari cari doktor.Jumpa.Tapi Doktor ni fresh lagi (istilah dia MO ek?ke HO ntah?ana pun dah lupa).Dia pun macam tak tau apa-apa.Kebetulan dia tu belajar di oversea.So,apa yang ana paham,dia waktu belajar dulu lebih banyak teori.Sikit sangat 'in hand' dengan patient ni.
Lepas panggil dia ana pun berlari-lari pi ke perempuan tadi.Ana punya kalut pakai glove,mask and uniform(baju yang color biru tu.Ape ntah orang panggil.Bukan lab coat).Doktor ni pulak lenggang ja.Pakai glove pun lambat.Dah tu macam blur pulak.So,ana la yang sambut baby tu.

Saya: Dah tu,apasal anta kena marah?

Ali: Time ana sampai tu,kepala baby dah keluar.Tapi perempuan tu pi angkat punggung.Dia sebenarnya tak leh angkat.Apa lagi habis terkoyak 'dubur' dia.Ana nak tak nak kena keluarkan baby tu dulu.So,ana suruh push la.Yang suami perempuan tu nampak kepala baby keluar dok seronok padahal dia tak tau bahaya time tu.Alhamdulillah selamat semua last skali.Salah ana jugak,ana sepatutnya suruh perempuan tu mengiring.

Saya: Ooo..Tak pa anta belajar dari kesilapan.Insya Allah anta jadi doktor yang hebat nanti.

Kami berbual panjang sepanjang perjalanan.Bila Ali dah penat drive,saya ambil alih memandu dan kami meneruskan perjalanan sambil terus berbual.

Ali: Anta pernah dengar orang kata doktor sekarang dah banyak?Bersepah-sepah.

Saya: Aaa.Pernah.

Ali: Doktor memang banyak.Tapi bila kita fikir pasal ummah,memang doktor tak cukup.Berapa banyak doktor yang ada fikrah dan sanggup melakukan kerja-kerja da'wah dan tarbiyyah?Kalau mentaliti orang islam dok fikir doktor dah cukup,maka suatu hari anati semua doktor dah diambil alih orang-orang bukan islam.

Saya: Hmmm.. (satu gambaran yang baik Ali bagi.)

Dari cerita-cerita 'medic' kami berbual tentang perjalanan Halaqah serta program-program da'wah dan tarbiyyah.Banyak juga yang Ali share kan.

Sampai di Temerloh,kami berhenti di sebuah gerai dan makan.Kemudian ke asrama student Medic (time mereka posting di hospital Temerloh).Saya 'menumpang' di rumah ali.Sekitar jam 1.00am Ali keluar untuk menjemput dua orang lagi sahabat kami yang tiba dari Kelantan;Kamel dan Hamzani.Malam tu kami berempat bermalam di rumah Ali.

1 Januari 2011

Jam 8.00am kami keluar menuju ke tempat akad nikah sahabat kami,Yunus dengan menaiki Toyota Rush milik Kamel.(Kamel businessman yang berjaya.hehe).Kami bertemu dengan Yunus dan keluarganya dekat satu simpang sebelum akad nikahnya.Saya yang hampir 5 tahun tak jumpa sahabat yang dicintai kerana Allah ni bagai nak menitis air mata bila bertemu.Yunus memeluk erat saat kami bersalaman.Terasa arus ukhuwwah kerana Allah mengalir dalam jiwa kami.Yunus baru sahaja tamat belajar (Degree) di Syria.

Beliau merupakan sahabat se'dorm' time form 3 dahulu di MATRI.Kalau nak ungkit kisah-kisah lama,memang agak banyak.Saya dulu memang asyik 'dipekena' dengan Yunus.Pikir-pikir balik,memang kenangan manis.

Tiba di tempat akad nikah,sahabat-sahabat kami yang lain turut sampai.Terubat rindu bertemu sahabat-sahabat se'batch' di MATRI dahulu.Yang hadir Ihsan Makmum,Abdullah Syamil,Wakeel,Azhar,Khuzaifah,Kamel,Hamzani,Ali,Saya,Zakiran,Opie,Syakir dan Adam Badri.

Walaupun kami ex-MATRI,sahabat-sahabat saya ni masih 'acting' macam di MATRI.Contohnya,kebetulan di kalangan yang hadir pada hari tu,saya seorang yang bekas pengawas.So,bila tengah sembang-sembang,then ada sembang lagho skit,ada la yang perli,"Woi NJ,nasihat skit depa ni.Merapu!"(Hahaha..I wasn't a good school prefect dulu.Sekarang pun merapu.Tak serious.Lagi pun,nasihat tak semestinya kena cakap kan?Huhu)

Berbual panjang dengan syamil tentang DSLR nya.Dengan Wakeel dan Syakir tentang kerja mereka.(Syakir kerja sebagai engineer kapal terbang dengan firefly dan wakeel dengan MAS.)Adam Badri dengan ceritanya sebagai nurse.Ihsan dengan 'jokes'nya.Macam-macam ragam.Indahnya bila ukhuwwah atas dasar Iman kerana Allah.Seronoknya jika dapat berkumpul bersama dan berprogram bersama.Tamrin or Rehlah or Riadhah etc.Mengikat dan memperutuhkan lagi ukhuwwah antara kami.

Alhamdulillah Yunus selesai akad nikah dengan 1 lafaz.Gaya yunus tak ubah seperti seorang mufti syria terutamanya pakaiannya.

Selesai akad nikah,kami dihidangkan dengan juadah yang agak 'besar'.Makan nasik dengan pelbagai lauk.Yang specialnya ada ikan patin.(Adam badri sentap sampai berkali-kali.Hehe.Saya nak tambah tapi malu..Kekeke)

Jazakumullah kepada tuan rumah;Pak cik Suhaimi dan keluarga.

Seusai makan,saya berbual denagan Yunus.(bukan mintak ilmu kawin ek.)Panjang jugak kami berbual.Pelbagai nasihat saya dapat dari sahabat saya ni.Kemudian kami berbincang sikit tentang cadangan Reunion yang bakal dilaksanakan,Insya Allah.

Dalam pukul 12.30pm,kami bersurai.Saya dan Ali pulang ke Kuala Lumpur.Perjalanan ini memang memberi 1001 kenangan serta hikmah kepada saya.

Ali hantar saya ke UIA sebelum pulang ke rumahnya.Isnin ni dia kena posting di Hospital Ampang.

Beberapa sahabat kami yang lain tak dapat hadir kerana ada hal lain yang terpaksa diselesaikan.Akmal kena posting community Health di Negeri Sembilan.(Student Medic memang sibuk).Adam Kadir,Fansuri,Nget,Akif last minute tak dapat hadir.Hafiz Zainol Abidin pun tak dapat hadir.

Kepada sahabatku Yunus Haji Yusoff dan ratu hatinya Fatimah AzZahrah Suhaimi,semoga kalian berbahagia di dunia dan Akhirat.Moga perkahwinan ini melengkapkan satu fasa dari fasa-fasa membina Daulah Islamiyyah.Moga menjadi Baitu Da'wah kelak.

*Tiba-tiba terkenangkan sahabat saya yang dicintai,Allahyarham Muhammad 'Ammar Zulkifli.Rindu ana pada anta..Moga kita dipertemukan di akhirat kelak di SyurgaNYA..Ya Allah ampunilah dosa-dosaku dan dosa sahabatku ini.Lapanagkanlah kuburnya serta berilah ketenangan padanya.Jauhi sahabatku ini dari segala azabMU Ya Allah.Aku mencintai sahabatku ini keranaMU ya Allah.

Sedikit gambar-gambar buat mereka yang tidak dapat hadir;

Sahabatku Yunus.Segak bak mufti Syria.


Sahabat ana yang dikasihi dan dirindui,Ihsan Makmum.


Sempat bergambar dengan 'mufti syria' sebelum sah bergelar suami kepada Fatimah. (Orang kata nak ambil 'berkat'.hehe.Perhatikan perbezaan ketinggian kami yang agak obvious. )


Alhamdulillah.Sah bergelar suami kepada Fatimah AzZahrah Suhaimi.


Saat menyarungkan cincin.



Bergambar bersama pengantin.Dari kiri depan;Khuzaifah,saya,yunus dan Fatimah.
Dari kiri belakang; Zakiran,Syakir,Opie(terlindung),Adam Badri,Ihsan,Hamzani,Wakeel,Ali,Abdullah Syamil,Kamel dan Azhar.

5 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

MasyaALLAH.
Akhi Yunus semoga dikurnia cahaya mata yang bakal menjadi perwira perwira islam.

AA said...

Subhanallah..thanks for a detail update on the wedding.
i wasnt able to join on that day..may Allah bless their marriage life...aminn

Nabil MJ said...

@Fathi:
Sama-sama kita doakan.insya Allah

@Atiqah:
its ok.Ameen Ya Robb

Munsyi said...

Tahniah2. oh ingat yg dicensored muka tu yg pengantin :P

Nabil MJ said...

@munsyi:
Hehehe..Muka ana bahaya dipamerkan tanpa tujuan.Kang tak pasal2 ada yang terpikat.hehe (perasan)

Ana ni pemalu.Mengalahkan gadis sunti.Tu yang censored muka.

Ana tunggu anta dulu..