Tuesday, November 16, 2010

Pandang hadapan dan belakang,toleh kanan dan kiri...

Assalamu'alaikum..

(Post kali ini di dalam bahasa melayu)
Salam 'Aid Adha buat semua masyarakat islam..

Ketika sedang menaip ini,fikiran sedang melayang-layang jauh ke kampung halaman.."Hmm..agaknya ummi sedang masak apa ye?"

If i would be at home this moment,maka sayalah satu-satunya anak lelaki ummi dan abah yang akan turun ke dapur meringankan kerja-kerja ummi.. (ini bukan ayat promote diri).
Masak lontong,buat rendang etc memang saya pakar.Tak la pakar,tapi kalau orang makan tu dia akan tambah dalam dua ke tiga kali la..Ummi pun kadang-kadang memuji jejaka ummi yang sorang ni sebab selalu turun ke dapur.Pada ketika ummi memuji,tiba-tiba terasa mahu bersimpuh di tepi dapur berhampiran tempat goreng ikan ala-ala gaya seorang anak dara,sambil menyimpul-nyimpulkan hujung rambut..Hahaha.

Kalau hari-hari biasa tu,usually lauk-lauk untuk lunch saya akan masak.Sayur campur,sambal tumis,gulai,ayam kicap,dan lain-lain..Ye la,asyik ummi je kena turun dapur.Sekali-sekala anak ummi ni balik,kena la ringankan beban ummi abah..(promote diri lagi)

Bukan apa,disebabkan raya haji tahun ini saya tidak balik (beraya di university bersama-sama kawan-kawan foreigners),maka saya tidak dapat tolong masak..Itu yang tiba-tiba rindu tu.Teringat habis segala lauk-pauk yang nak dimasak.

Nak masak kat bilik?Mana ada dapur and segala macam peralatan tu.Masak megi boleh la..

Maka,hari raya kali ini saya tak tau nak pi mana..Esok solat raya di masjid university.Then,kalau duit cukup,plan nak gi jalan-jalan KL.Gi KLCC ke,Low Yatt ke.Tapi tu pun kalau ADA DUIT..Gaya macam duit tengah nazak..

Kalau tak dak duit,maka akan cuba follow kawan-kawan foreigners pi mana-mana.Paling kurang lepak bilik diaorang and borak-borak la..

Teringin nak pi melapah daging..Tapi kat mana?Kenderaan pun tak dak.Paling kurang kalau ada moto,boleh ronda-ronda KL sambil bawak pisau.(bukan nak bunuh orang).Jumpa mana-mana orang tengah melapah,join la..Hahaha..muka tak malu.

Kalau tak,just lepak di bilik buat kerja..Btw,people might asked why out of sudden saya tak balik.Sebenarnya saya nak siapkan research untuk final year dissertation.Tu yang tak balik.Tapi,kalau tak balik,i need to pay for hostel fees sebab duduk time cuti.Bagi mengelakkan kena bayar which is RM3.50/day,saya pun kerja la part time.At least ada reason duduk hostel.Bukan saja-saja nak habiskan bill electric dan air.

So,sekarang ni,kerja dan study.2 in 1.Alhamdulillah ada la gaji sikit untuk survive.Untuk menyara keluarga dan membeli susu anak.(apakah?)

Oh itu hari ada kawan-kawan kata,saya ni tak sayang family sebab tak balik rumah.Ehem2..sekarang ni bukan isu sayang or tak sayang.Kalau balik rumah tapi dok bela perut dan buat taik mata je buat apa?Sayang kepada keluarga bukan semata-mata pulang ke rumah.Mendoakan mereka setiap masa,meringankan beban mereka dll juga tanda kasih-sayang.Saya ni jenis 'family man' ok!.

Sudah malas mahu bercerita...Kepada mereka-mereka yang ada di area2 KL dan tak ke mana-mana.Jika ada aktiviti2 yang menarik,sihat dan soleh,jagan lupa ajak saya.Huhu

Kenapa tajuk post ni Pandang hadapan dan belakang,toleh kanan dan kiri?Sebabnya,pada ketika ini,jika saya pandang hadapan dan belakang,toleh kanan dan kiri,apa yang saya nampak hanyalah student-student foreigners..Melayu dah tak dak..Maka,saya terasa seperti berada di perantauan..hehehe..

Salam 'Aid Adha dari NJ di Konya,Turki. (kekeke)
(Hanya gambar sisi.Gambar full face tak leh tunjuk.)


Till then,
Wassalam..

Notes:

1)Mahu target before bukak sem baru sudah berjaya menyiapkan 3 chapters untuk dissertation.Semoga Allah permudahkan.

2)Insya Allah nak start semula belajar bahasa Arab cuti ni..

12 comments:

hamba said...

:-) Kepada mereka-mereka yang ada di area2 KL dan tak ke mana-mana.Jika ada aktiviti2 yang menarik,sihat dan soleh,jagan lupa ajak saya..
betul? kalau ada yang mahu mngajak, gimana?

ukur kira said...

@hamba:

1st,need to tell me what is the pgrm,where etc.Then i'll consider it whether to join or not to join.

Btw,the word 'gimana' where u're using it tu mmbawa maksud apa?

Bagaimana or u're asking me nak gi mana?If nak gi mana,nak ajak gi jalan2 la..

hamba said...

maksudnya, tentu lebih dekat sama 'bagaimana'..

esok pagi, smik, korban..
malamnya, raudhah, aqiqah..
silakan..

apapun, makluman aja..
info lanjut, bisa tanya teman akrab..
Wallahu a'lam..

Atiqah said...

wow...a good cook..

ukur kira said...

@hamba:
iAllah..akan dipertimbangkan..
siapa teman akrab?did u know who is my teman akrab?If i asked him surely he know nothing.

Btw,tq for the info.

@atiqah:
not really a good cook..biasa-biasa aja..sekadar menolong di dapur.

hamba said...

I mean sahabat2 anta..
I think, they are more than ‘teman’..
So, the meaning could be ‘teman akrab’..
Wallahu a’lam..
May Allah bless you..always..

ukur kira said...

@hamba:
oh,sahabat2 ana..
ok2..
tq.
May Allah bless u too

LuQMaN M.J said...

I also help my mum and my bro.
tolong tgk shj :D

ukur kira said...

@luqman:
Oh,mari mahu promote kau pulak.
My big bro is very helpful.Without him the whole household will be totally messy.

He is still single and looking for a spouse.Those who are interested,can sms,call or e-mail me.I'll setting up an interview..

Hehehe..of course la cause i need to ensure my big bro getting the 'right lady' for accompany him for the rest of his life.-mithali tak adik kau ni?kekeke

Anonymous said...

whoaaa!! promoting ur big bro la plak..
so, this gonna be promoting blog... =P



-cik ABC-

.::: mr IQ :::. said...

ala........... sory la abe nabil.. ana lupa nak ajak nta makan kt raudah semalam.. ana lambat baca post nta ni... lagipun semalam penat baru balik kampung di Klang. Lain kali la kalau ada makan2 lg, ana ajak nta eks...(huhuhu... itupun kalau ada lagi)

semoga berjaya dgn reseach nta tu..

LuQMaN M.J said...

:)
waa..
I have been promoted. Do give a call or sms if you are the right candidate for me. :-P